renungan mataku...

2011



Friday, August 5, 2011

berkecil hati



tahukah anda bahawa orang yang berkecil hati itu dosanya berlipat kali ganda berbanding mereka yang telah membuat mereka berkecil hati....



pelikkan...padahal orang yang berkecil hati tu tak buat apa-apa pun...hanya mendengar penghinaan atau caci maki sahaja...


hal ini demikian kerana,

Allah nak uji kita. Tujuan Allah uji jugak sebenarnya nak ingatkan diri kita yang dah leka sangat dengan dunia. Bila kita berkecil hati, maknanya kita tak redha la dengan ujian Allah. Pendek kata, kita bukan berkecil hati dengan orang, tapi berkecil hati dengan Allah.

yang lebih parah....selepas di maki atau di cela..kita bercerita hal demikian pada kawan kita...kemudian kawan kita bercerita lagi...sampailah heboh satu kampung ke...satu kanpus ke...satu taman ke....



"Sekiranya kita membuatkan orang berkecil hati, kita akan berdosa. Jika kita juga berkecil hati, kita turut berdosa. Tetapi lebih besar dosa orang yang berkecil hati itu."

Manusia memang takkan pernah terlepas daripada penghinaan. Sedangkan Nabi sendiri dihina dicemuh oleh bangsanya sendiri dahulu, apatah lagi kita yang bergelar umatnya saja. So, jangan la terasa hati. Redha la dengan setiap perkara, jangan biarkan Allah yang tak redha dengan kita. Anggap saja la apa yang orang katakan mengenai kita tu sebagai satu nasihat.


renung2kan....





ya Allah, bukakanlah ke atas kami nikmat Mu, limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku kau berkatilah ibu bapaku, lapangkanlah dada kami dan permudahkanlah segala urusan kami

No comments:

Post a Comment

nothing can fly without airfoil...

but i try my best to do it




luahan.....dengarla muzik berbicara










Music





NASA's Shuttle/Rocket Missions Countdown