renungan mataku...

2011



Thursday, March 31, 2011

di badai asmara

HARUSKAH (haruskah..haruskah..)
AKU terus merayu padamu
HARUSKAH (haruskah..haruskah..)
Aku taburi janji beribu
UNTUK menembusi
TEMBOK hati sanubarimu
ATAUPUN aku hanya penanti

MENGAPA Dikau meragui keikhlasan

SETELAH kuberi

PENGORBANAN dan kesetiaan

AKU jadi perindu

PADA istana madu

KINI menjadi sangkar hempedu

MUNGKIN ku mentafsir

YANG gagal mencari

PENGERTIAN cinta

AKHIRNYA melara

KAU insan misteri

PENUH rahsia cinta

KU lemas dalam arena

MEREDAH nestapa

SUKARNYA menguasai

BAHASA cinta kita

BERILAH kepastian SEBUAH cinta

(solo)

BISAKAH Sirat kata menjadi penanda

DAPATKAH Kecewa ku menjadi harapan

MARILAH berganding MENGHARUNGI badai asmara 


DUNIA di kecapi penuh bahgia

MUNGKIN ku Pentafsir

YANG gagal mencari

PENGERTIAN cinta

AKHIRNYA melara

KAU insan misteri

PENUH rahsia cinta

KU lemas dalam arena

MEREDAH nestapa

SUKARNYA menguasai

BAHASA cinta kita

BERILAH kepastian

SEBUAH cinta

KAU insan misteri

PENUH rahsia cinta

KU lemas dalam arena

MEREDAH nestapa

SUKARNYA menguasai

BAHASA cinta kita

BERILAH kepastian

SEBUAH cinta

KAU insan misteri

PENUH rahsia cinta

KU lemas dalam arena

MEREDAH nestapa..


Sunday, March 27, 2011

part time job



ada sape2 berminat nak kerja sambilan x???

senang je kerjanya..

anda hanya perlu senyum...

kerana senyum itu satu sedekah,

senang kan kerja ni...senang2 je dapat pahala...

tapi aku semakin bertambah sukar untuk melemparkan senyuman...

semakin hari....semakin sukar untuk senyum...

apetah lagi senyuman dengan bibir terbuka seperti baby ini...mulut ku terkunci rapat...kunci da hilang...



aku terpaksa memaksa bibir aku untuk senyum...

aku terpaksa menyebut perkataan three supaya senyum walaupun tetap pahit dan sukar untuk senyum...

aku terpaksa menyebut perkataan smile berulang kali supaya aku masih tersenyum...

kacak luar,
kacak dalam,
kacak dengar sini
kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali
kalau kite senyum,
semua orang berjangkit
bila semua orang senyum
dunia tiada penyakit

benarkah dunia tiada penyakit jika semua orang senyum???

kajian saintifik menunujukkan bahawa mereka yang senyum hanya akan menggunakan lebih banyak saraf supaya kita kekal awet muda...

namun begitu..adakah diriku ini sudah putus urat senyum..sebab aku begitu sukar untuk senyum lagi....




senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
kerana senyumanmu amatlah bermakna...
tapi senyuman ku tiada makna lagi...tiada cahaya lagi...tiada ketulusan dari hati lagi...


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


Tuesday, March 22, 2011

tak ku sangka tak ku duga


malam ku tidur tak lena
teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu
alangkah indahnya bersamamu

mengalir air mataku
menemani malam sepiku

ku rindu saat bersamamu
sukarnya untukku melupakanmu
dahulu engkau berikan cinta

mengapa kini engkau berubah
manakah janji kan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta

katakan saja aku tak kesah
dari kau terus membuat ku menunggu

tak kusangka
tak kuduga
perpisahan yang akan melanda

dah ku cuba pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang

begitulah sikapmu oh sayang
kau lontar cintaku di tepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas didalam percintaan

dipukul gelombang keresahan


solat yang khusyuk




tiada alasan untuk tidak solat

ANTARA TEKNIK UNTUK MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT DAN KEMANISAN MELAKUKAN IBADAH

SOLAT KHUSYU'

tiada alasan tidak solat. solat di atas air



1] Sentiasa melakukan solat berjemaah (yang paling afdal ialah di masjid).

2] Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.

3] Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

4] Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

solat di padang. tiada alasan pakaian kotor melainkan terkena najis yang tidak boleh dicuci. gambar imam muda asyraf



5] Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.

6] Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.

7] Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.

8] Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.

9] Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang maha Agung dan maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

tiada sebab eninggalkan solat. gambar solat di angkasa lepas


10] Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.

11] Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Qur’an dan segala zikir.

12] Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa jua bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.

13] Memandan ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat.

14] Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

15] Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.

16] Memastikan tiada gangguan dalam kawasan kita bersolat.

17] Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Indahnya Hidup Bersyariat Oleh Ustaz Ismail Kamus

makna bacaan dalam solat




nak tau tak kenapa even kte solat cukup..


kita masih melakukan maksiat...

kita masih melakukan larangan ALLAH...

nak tahu sebabnya???


From azizie.com:

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

p/s:- masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri....... memanglah tak sampai ke hati kalau tak tahu pun makna Al-Fatihah......(bila diajar bukan datang dari hati, maka yang diajar juga tidak sampai ke hati, pendidikan agama dan kaedah pengajaran dan pembelajran perlu diubah) Agama bukan hanya fakta - tapi penghayatan....dan ia bermula dari Ustaz dan Ustazah yang bijak, kreatif, kritikal dan "ikhlas" dalam mengajar.... Ia bermula dari rumah....iaitu pendidik yang sebenarnya - IBU DAN BAPA

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Monday, March 21, 2011

aku kau dan cinta

tiada prasangka
tiada sengketa
tiada lara

tak mungkin kita serupa
tak mungkin jua berbeza

aku kau dan cinta

apapun yang terjadi
jerih cinta tetapkan ku titip

walau badai telah berjanjikan
menghalangi mahligai cinta suci

ku berjanji
walau apapun yang terjadi
fasa cinta kau aku terpatri
tiba saat dua jiwa
bersatu hati

tetap teguh hakiki
ku tahu Tuhan sentiasa menguji
dugaan jua datang dan pergi
padanya akanku abdikan diri
kupohonkan cinta hakiki

apapun yang terjadi
jerih cinta kan tetap ku titi
walau badai telah berjanji
kan menghalangi mahligai cinta suci

ku berjanji
apa pun yang terjadi
fasa cinta kau aku tetap terpatri
tiba saat dua jiwa bersatu hati
tetap teguh hakiki



Wednesday, March 16, 2011

LAKI AKU
















setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. kalau kamu rasa pasangan kamu banyak sangat kekurangan..kamu lah yang sepatutnya menegur dan mencorakkannya mengikut kesukaan kamu...
bila si dia selalu sakitkan hatimu, lalu kamu cari pengganti lain...alasan kamu dah tak ada hati, dah tak serasi, kamu pulak macam mana???

adakah kamu juga tidak pernah berbuat silap??

kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu??

jangan biarkan ego terus-terusan menguasai dirimu..kelak dirimu sendiri yang akan merana..


mungkin pasangan kamu tak sempurna, tapi cubalah untuk memahami dan rasailah keikhlasan hatinya...

IKHLASNYA HATI tidak dapat di lihat apatah lagi sekadar LAFAZ KATA-KATA IKHLAS MENCINTAI ATAU MENYAYANGI...

tetapi..

IKHLAS itu boleh dirasa dengan HATI YANG SUCI


LeLaKi DaN PeReMPuaN SeCaRA FiTRaHNYe SaMa SaHaJa..

HaNYa QuDRaT Y MeMBeZaKaN...

DaLaM KeKeRaSaN aDa KeLeMBuTaN BaGi SeoRaNG LeLaKi...

DaLaM KeLeMBuTaN PuLa aDa KeKeRaSaN BaGi SeoRaNG WaNiTa...

iTuLaH NiLai iNSaN....HaRGaiLaH SeaDaNYa....

tsunami




kiamat sudah dekat...


1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4.Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.



Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Wednesday, March 9, 2011

pilihan calon terbaik !!!!


Assalamualaikum :-)


tiada sebarang fakta yang sah...tetapi jika di renungkan...memang benar ...


*** Ini cerita lame. Kalo dah tahu, senyap :)

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.



kalau ada masalah paip rosak ke..dapur nak renovate ke, nak repair plug ke..lampu ke, tak perlu panggil plumber datang repair..apetah lagi designer ke..sebab engineer boleh solve sendiri...masalah apa pun no problem..




Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).

jurutera ni ramai yang romantik...nak cincin berlian setiap minggu pun boleh...

tapi diamond tiruan la, made by polimer

Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital




Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana
Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat
Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.


di ambil dari lecturer BEL mase kat penang dan facebook



Thursday, March 3, 2011

ubat sedih...

bagi sesiapa yang sedang bersedih..hiburkanlah hati mu dengan melihat bayi kecil ini bergelak tawa hanya kerana sehelai kertas...


untuk yang bergelar ibu...lagi la dapat melupakan serta meredhakan luka sekejap...

ibu..hiburkan diri mu dengan ketawa ini...




comey x???

smile ;-)

Wednesday, March 2, 2011

nak kurus????



anda rasa bertambah besar??

bertambah gemuk???

bertambah berat???


OH TIDAK !!!








sebenarnye kan...bile seseorang tu makin tembam or chubby lagi comel tau...tapi, naluri manusia kan, setiap orang citarasa berbeza..namun usah gusar, jika si dia sudah menyukai kamu, kamu tinggal tulang sekeping atau badan kamu terlampau berat pun si dia sanggup terima kamu....nanti bile nak dukung kamu, si dia akan cipta mesin robotik, pasang kat lengan, so...stil boleh dukung kamu...haha....



kalau heliza gemuk..macam mane yea?? mesti mata jadi tak bulat da...






sumber daripada che otot ( cikgu PJ zaman skolah dulu, buku fitness, web fitness, majalah wanita, dara dan akhbar )

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN


1. JANGAN BERLAPAR


Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


so, before makan, minum la air banyak2 dulu..nanti rasa kenyang. elakkan minum semasa atau selepas makan, nanti kembung perut atau boroi, minum lah selepas 15- 20 minute


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengur

angkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. BIAR MAKAN KERAP DENGAN KUANTITI YANG SEDIKIT daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. JIKA ANDA TERASA INGIN MAKAN snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. KURANGKAN PENGAMBILAN marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. APABILA MAKAN DI RESTORAN ATAU GERAI , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13.. BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. macam pisang, limau, mangga dan kurma

14. JANGAN TIMBANG BERAT BADAN ANDA SETIAP HARI kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING


26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut: :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering Sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.


33. Kempiskan Perut Anda

Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.



web lain

kurus dengan cepat

Tuesday, March 1, 2011

kau selamanya

aku amat sayang kamu

dari dulu hingga kini

tak berubah

ku terlena

kerana mu


walau apa yang terjadi

aku setia menyayangi

diri kamu

kan berada di hatiku


kau insan teristimewa

dulu kini selamanya

ku terima kan diri mu


oh sayang ku









aku amat sayang kamu

dari dulu hingga kini

tak berubah

ku terlena

kerana mu


walau apa yang terjadi

aku setia menyayangi

diri kamu

kan berada di hatiku


kau insan teristimewa

dulu kini selamanya

ku terima kan diri mu


oh sayang ku



credit to heliza and HHP


nothing can fly without airfoil...

but i try my best to do it




luahan.....dengarla muzik berbicara










Music