renungan mataku...

2011



Saturday, April 30, 2011

jambu + batu

pernah dengar perkataan Psidium guajava??

mesti tak pernahkan...

jambu batu???

mesti semua kenalkan...

tadi selepas solat maghrib, pergi joging..pas joging on the way balik..singgah mydin jap..

cuba teka saya beli apa??


masa tengah joging tadi..fikiran melayang ke kampung..Sebagai budak kampung, jambu batu merupakan antara buah yang diminati. Masa kecil-kecil dulu ada pokok jambu batu di depan rumah. Selamba je panjat dan makan begitu saja tapi kini masa berubah...

duk shah alam ni, nak apa, semua kena beli..
saya beli jambu batu 2 biji...besarrr...harganya rm 2.42...

murah ke mahal??


nak tau tak..jambu batu ni banyak betul khasiatnya...jambu batu ni..kulitnya yang hijau tu lagi berkhasiat daripada isinya yang putih...

2-2 biji dah habis makan...lenguh otot geraham mengunyah...


Khasiat Jambu Batu

Mengandungi kalsium,vitamin A,B,C, zat besi, protein dan serat.
- Baik untuk mengubati sakit perut, cirit birit
- Mengubati kencing yang kerap, luka-luka dan sakit kulit

Sumber :- Herba Tihara

Tapi hati-hati dengan bijinya.. Jangan main telan-telan je nanti berpotensi untuk tersangkut di apendik…


hari tu, masa pergi taiping, berhenti rehat kat sg perak..jambu kat kedai situ sedap..tak ada biji pun..makan plop ngan kuah rojak mak bee...memang tasty..marvellous...sedap...

cubalah try...

subhanallah....

Friday, April 29, 2011

setiap hari luangkan masa bersama saya

saya ini apa sebenarnya yea????

saya ini akan menemani anda di mana jua anda berada...

saya ini yang akan menemani diriku bila mana ku pergi meninggalkan dunia ini...



bacalah ayat-ayat ALLAH kerana...

Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkan aku di dalamnya.
tapi, ada sesuatu yang akan sentiasa bersama kita sekiranya kita sentiasa bersamanya...selamanya..yang akan membawa kita ke syurga...

siapa yea???

nak tahu???

Ayat-ayat suci Al-Quran, alunan zikrullah, tasbih dan tahmid..
amalan kita..



Cintailah Allah kerana Dia-lah kekasih yang tidak akan meninggalkan, mengecewakan atau membiarkan kita sendirian. Renungilah kata Imam Ghazali r.h.m ini:


"Pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa tiap- tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat.

Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.

Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan kekasihnya terbaring seorang diri.Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya di dalamnya.




Yang demikian tidak kudapati selain daripada amalan yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri."

waallahua'lam

Wednesday, April 27, 2011

Ustaz Ashraf Muslim

Ashraf cuma guna al-Quran




JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.

Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus.

Kru Jurnal berpeluang melihat sendiri Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menyaksikan sendiri jumlah pesakit yang datang, ternyata Ashraf tidak main-main.

Pengunjung terdiri daripada semua peringkat usia. Mereka datang dari seluruh negara termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Ada juga yang sanggup bermalam di ibu negara sama ada di hotel mahupun rumah saudara-mara asalkan mendapat rawatan di situ.

Difahamkan, proses rawatan itu bermula selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.

Mengimbas kembali transformasi dirinya daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Hijrah

“Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itulah yang menjadikan saya lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan betul.

“Sebelum ini memang saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan. Bagaimanapun, hati saya terasa kosong.

“Sampailah saya berjumpa pengasas pusat perubatan ini, Haji Lokman. Dia kata, Ashraf, pergi dekatkan diri dengan Tuhan.

“Caranya, saya sembahyang sunat taubat, sunat hajat dan pergi menunaikan umrah.


PUSAT Perubatan Syifa’ Al-Hidayah di Gombak, Selangor, tempat Ashraf mengamalkan ilmu perubatan Islamnya.


“Balik daripada umrah, saya rasa gembira dan lega. Perjalanan hidup pun semakin tenteram manakala rezeki bertambah hingga sekarang,” katanya.

Ashraf mula berkenalan dengan Haji Lokman Abdul Hamid ketika membawa seorang adiknya berubat di situ.

Haji Lokman juga ialah orang yang bertanggungjawab mengajar Ashraf ilmu perubatan Islam dan membuka Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.

Menurut Ashraf, rawatan yang diberikan adalah menggunakan ayat-ayat al-Quran tanpa sebarang perantaraan mahupun khidmat daripada makhluk halus.

Selepas berubat, pesakit akan diberikan ayat-ayat daripada surah tertentu untuk diamalkan, yang berfungsi sebagai penawar penyakit.

Orang ramai datang untuk mendapatkan rawatan bagi pelbagai jenis penyakit.

Daripada yang menderita penyakit kronik hinggalah sekadar meminta air penerang hati.

“Namun, yang ada hanyalah ayat penerang hati, air penerang hati tidak ada.

“Semasa merawat, al-Quran kita mesti baca, baru kita ingat kepada Allah. Paling penting adalah doa.

“Air tidak penting, ia sekadar syarat. Kebiasaannya orang Melayu nak ada air, jadi kita bagi air, tapi baca al-Quran lagi penting.

“Kalau air dah habis tidak menjadi masalah sebab yang menjadi ubat ialah ayat al-Quran, bukan air.

“Sebagai contoh, untuk sakit tulang seperti artritis, surah yang perlu dibaca ialah surah Qaf dari ayat 16 hingga ayat 45. Selepas baca kita berdoa pada Allah mohon apa yang dihajati,” katanya.

Berlakon

Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) dan anak kelahiran Teluk Mas, Melaka ini berpendapat perubatan Islam bukan untuk golongan ustaz semata-mata.


TIADA khidmat makhluk halus, Ashraf sekadar berdoa dan membaca ayat-ayat al-Quran untuk merawat pesakit.


“Sebenarnya Tuhan tengok hati. Haji Lokman pun latar belakangnya bukan seorang ustaz, sebaliknya dia seorang ahli korporat. Dia berhenti kerja semata-mata untuk kerja ini (mengubat).

“Kerja ini untuk semua orang, tapi hati kenalah ikhlas. Saya juga manusia biasa.

“Yang penting, solat lima waktu jangan tinggal, buat perkara wajib, tinggalkan perkara yang dilarang,” katanya.

Kini, Ashraf fokus dengan pilihannya biarpun terpaksa melupakan karier lakonannya buat seketika.

“Berlakon itu bila-bila masa pun boleh. Sebelum ini saya buat dua-dua (berlakon dan mengubat). Tapi kadang-kadang kita perlu fokus pada satu-satu perkara,” katanya.

hati-hati

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU



Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan



Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta

front line



sejak akhir2 ni..lau masuk test je, mesti tido masa ngah jawab soalan...adoiii....

dah la final semua paper petang...



huhu...kejap je masa berlalu..

jumaat ni da start final exam..tapi diri ini masih lagi malas nak study dengan serius..masih lagi bermain-main dengan masa...



fri 2:45pm-5:45pm, Wk 2, 29-Apr-11
Modules: EM220
Groups: EPE491


wed 2:15pm-5:15pm, Wk 3, 04-May-11
Modules: EM220
Groups: MAT455


sat 2:15pm-5:15pm, Wk 3, 07-May-11
Modules: EM220
Groups: MEC421


tue 2:15pm-5:15pm, Wk 4, 10-May-11
Modules: EM220
Groups: MEC411



semua 4 paper yang ada final..semuanya tough2..adoi...penim nak mengingat rumus2 yang berjela-jela macam tembok cina ni...

perjuangan mesti diteruskan kerana cita-cita masih belum kugapai lagi...

Monday, April 25, 2011

musik saya

listen, my heart beat

my silent shout ( im going to sing )

everyone said that's not going to work,and it's going to be hard

but i'm going to sing..how many tears and hurt for this song

im going to sing. now its really me..

this kind of image me

until when im going to shout. even though everyone doesnt know

and everyone's laughing...i'm singing

placed on top of the white keyboard

numerous time im going to sing

if you hold a little, a little more. that day will come

i'm going to sing..how many tears and pain for this song

im going to sing. now its really me..

this kind of image me

until when im going to shout. even though everyone doesnt know

and everyone's laughing.

some people say..it cant be done...some say its a game that cant be won

i've seen my share...ups and downs..thru the pain of it all..

sweet melody's my remedy

piano keys played in harmony my heart beats to the drum..music is what i breathe

thick and thin, rain or snow...from deep within my soul...forever sing my song

calm down...



in malay


mendengar, hati saya berdetak

saya diam berteriak (saya akan menyanyikan)

semua orang mengatakan bahawa tidak akan bekerja, dan itu akan sukar

tapi aku akan menyanyi .. berapa banyak air mata dan sakit hati untuk lagu ini

saya akan menyanyi. sekarang yang benar-benar saya ..

semacam ini gambar saya

sampai bila-bila saya akan menjerit...tetap buat meskipun semua orang tahu

dan semua orang tertawa ... aku menyanyi

ditempatkan di atas keyboard putih

akan terus banyak masa akan menyanyikan

jika anda memegang sedikit, sedikit lebih. hari itu akan datang

Aku akan bernyanyi .. berapa banyak air mata dan rasa sakit untuk lagu ini

saya akan terus menyanyi. sekarang yang benar-benar saya ..


semacam ini gambar saya

sampai bila-bila saya akan akan menjerit. tetap buat meskipun semua orang tahu

dan semua orang tertawa.

beberapa orang mengatakan .. tak boleh dilakukan ... beberapa orang mengatakan permainan syarikat yang dimenangi tidak boleh

Aku pernah melihat berkongsi ... suka dan duka .. melalui rasa sakit itu semua ..

melodi manis ubat saya

tuts piano dimainkan dalam harmoni jantung saya berdetak dengan muzik drum .. apa yang saya bernafas

tebal dan tipis, hujan atau salji ... dari dalam jiwa saya ... selamanya menyanyikan lagu saya

tenang ...



Thursday, April 21, 2011

airport ke terminal bas ni ?????


TERMINAL BERSEPADU SELATAN VS PUDU TERMINAL


dalam kepala ni fikir nak cari mesin atm...sebabnya...nanti cerita kemudian...
mula-mula sampai masih lagi anggap macam terminal bas biasa..macam kat kuantan, kat ipoh, kat hentian putra...tapi....jeng2


bila naik atas...airport ke ni???
transnasional ada aircraft??
tapi takkan lah pergi tg malim ada service airline...ade ke flight gi sane..haha


mewah kan tempat ni

betul-betul macam airport..(teman wanita saya bagitau )


aku : encik polis, tumpang tanya boleh? mesin atm mane eh??

encik polis yg tough : err...mesin atm lum pasang lagi...

aku : kat mana atm yg paling dekat ea ??

encik polis : x tau la...

adoiii..macam mana lulus jadi polis ni...haha

mesin atm belum pasang lagi, duit dalam poket ada rm 1.45 je..haha

pagi tadi tak sempat cucuk ( memang sengaja malas cucuk ) bangun pun kul 6am, 6.50am da nek bus...memang tak sempat..memang dah biasa macam ni, so, tak de lah bimbang sangat lau poket kosong..lagipun sekarang ni, nak beli apa-apa boleh pakai kad bank trus...

pencarian di teruskan...nek la jejantas seberang jalan sebab ternampak kedai yang ada mesin atm..kedai apakah yang ada atm?? cuba teka??


nampak tak kedai apa sebelah KFC tu???
kedai tu ada mesin atm...nak tau kedai apa..datang la ke terminal pudu...

daripada sini pergi ke LRT kat Plaza Rakyat, so amik la tiket ke Bandar Tasik Selatan,

nie pulak ruang menunggunye..cantik x??


inilah terminal bas baru kat Bandar Tasik selatan, Namanya TBS



APA ITU TBS???

Terminal Bersepadu Selatan




cantikkan...


info :

untuk perjalanan ke utara..anda perlu membeli tiket di pudu

untuk perjalanan ke selatan, anda perlu beli tiket di TBS

Tuesday, April 19, 2011

airport terbesar didunia


projek ni sebelah KLIA..sebelah KLIA 2 ..sebelah tu ade LCCT 2


kelmarin pergi dengan abang ipar kat site projek ni...huuu..memang macam projek mee segera la nampak..laju betul bangla-bangla n indon-indon wat kerja...geng2 kontraktor, duk tepi lepak je..minum air sembang-semBANG


LCCT 2 bersebelahan dnegan KLIA 2...

pernah dengar tak kisah projek ni??

april 2012 insyaAllah start beroperasi...

Saturday, April 16, 2011

tiada yang ke-dua

tiada lagi yang kedua...................





Thursday, April 14, 2011

awas


Apabila lelaki mula menangis............




"Tangisan wanita lebih bertenaga dari senyumnya." Betul atau salah.





Adakalanya tangisan wanita memberi kekuatan, melepaskan perasaan, memujuk diri, kecewa atau gembira. Tidak kurang juga tangisan itu melambangkan kelemahan pada sesetengah wanita. Tangisan boleh jadi senjata yang amat berguna dalam pelbagai keadaan. Kerana itulah TUHAN mencipta airmata untuk manusia terutama buat wanita.

Pada masa yang sama kekadang senyuman itu lebih bertenaga kerana gembira, terpaksa, memujuk atau menyindir.

jika wanita menangis tanpa airmata - lebih berbahaya dan kekuatannya amat luar biasa. Dan jika mereka senyum kerana terpaksa kekadang penuh racun berbisa atau mungkin terkandung sejuta rahsia.


bila laki menangis.....apa maknanya yea????


Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih..macam kena lenyek gitu..kembali ke bentuk asal






Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr. HM Tuah




sekadar renungan bersama... semoga saling memahami antara satu sama lain..

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.



Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk.

Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat.

Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap.

Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Sumber: Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki

air mata insan bernama wanita

gugur menitis air mata seorang wanita kerana apa ea...

ramaikan yang macam ni...???

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya.
“Ibu, mengapa ibu menangis?”


Ibunya menjawab, “Sebab ibu wanita.”


Dia tidak mengerti, kata si anak lagi.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.

“Nak, kamu memang tidak akan mengerti…”


Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya.

“Ayah, mengapa ibu menangis?”

Sang ayah menjawab, “Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan.”

Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.


Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.

Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting.


Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.


Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula

menerima cerca daripada anaknya sendiri.


Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua

orang berputus asa.


Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.


Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.


Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.


Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?


Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan

kepada suaminya.Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada

suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.


Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang

khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.


Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan.








note from luahan hati

Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Tuesday, April 12, 2011

menginginkan...



Barangsiapa yang menginginkan pelindung, maka Allah cukup baginya.

Barangsiapa yang menginginkan teladan, maka Rasulullah cukup baginya.

Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup, maka Al-Quran cukup baginya.



Barangsiapa yang menginginkan peringatan, maka kematian cukup baginya.

Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, maka neraka cukup baginya.








Ya Allah, Rahmatilah kami dengan Al-Quran

jadikan ia pimpinan cahaya, petunjuk dan rahmat

Allah ingat kami apa yang kami terlupa

ajarkanlah

ajrkanlah

yang kami tak ketahui

rezekikan kami membacanya

siang dan malam

sepanjang siang dan malam

dan jadikanlah ia pembela kami di akhirat







doa khatam Quran

Sunday, April 10, 2011

pertemuaan yang serba salah


mesti selalukan kita terfikir kita bertemu dengan orang yang tidak kita suka...
kita asyik rasa tak ngam je...

jumpa dia aje rasa tak seronok...

rasa geram..

tak puas hati..

dan macm-macam lagilah...


mesti pernahkan anda berasa sebegini???

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?


sebenarnya kita tidak pernah bertemu dengan orang yang salah kerana sebaik-baik ciptaan adalah manusia





يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]



Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?


Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?


Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?


(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)

((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))


Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.


Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.


tarik nafas...fikirkan yang positif-positif sahaja...

fikirkan yang baik-baik sahaja..pasti kau akan tersenyum dan dapat menerima siapa-siapa sahaja seadanya...



tapi ingat..senyumanku bukanlah untuk semua...

hanya mereka yang layak sahaja bisa melihat senyumanku ini...

nanti ada yang jatuh hati lagi...begitu jugalah dengan renungan mataku ini...


Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'






pasti cun !!!!!

cun sahaja !!!
nothing can fly without airfoil...

but i try my best to do it




luahan.....dengarla muzik berbicara










Music