renungan mataku...

2011



Saturday, November 3, 2012

perkahwinan orang kelantan...

musim kahwin dah muncul tiba....

aikkkk....ada musim kahwinkah????

musim cuti sekolah lah biasa jadi musim berhoney moon ;-)




ada antara teman yang bertanya, orang kelantan kahwin macam mana???

kat kelantan merisik ada tak???

belanja kahwin macam mana??

ada tunang tak??? berapa lamo???

nak bincang kahwin ngan orang kelantan macam mana???

tok kadi ada tanya banyak soalan tidak???

biasa tanya soalan apa???

mas kahwin dengan wang hantaran beza ke???

biasa hantaran apa ea???

atas dulang/ par / junjong tu nak letak apa???

bekwoh ngan walimah tu gano???

majlis kesyukuran???

ngele tu apa yea???

kena bagi duit berapa riyal sekalo ???

kena bagi hadiah ke duit?? bagi gula?? susu ko family pengantin ???

ada persembahan ko masa kenduri ???? silat ko...karoeke ko ???

makanan biasa ada lauk apa ea ????

adat mengenal tu macam mana???

nanti pengantin laki datang rumah kita bagi hadiah kain pelikat???

pengantin puan bagi kain sarongg???


nak tahu jawapan ini semua??? senang sahaja...berkahwinlah dengan orang kelantan, nanti dapatlah mendalami budaya di negeri Tok Janggut ni....dan sudah pasti semua persoalan yang bermain diminda terjawab....

buat promosilah pula ;-)

Orang dulu-dulu memang sangat menjaga adat. Sampai pepatah melayu dulu-dulu cakap "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat". Maksudnya, berpegang kuat kepada adat. Sanggup kah sampai mati anak???


Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.




Lagi cepat majlis diatur lagi suka mak ayah pengantin sebab kebanyakan mereka tidak suka melewat-lewatkan hal nikah kahwin ni...tak elok...banyak yang negatif jadi bila dilambat-lambatkan....
Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol , bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:



"buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, wat kenak jah...bazir pitih"
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.




di negeri Cik Siti Wan Kembang ni....
bukan semua daerah sama adat perkahwinan...lain daerah....lain bandar...lain adatnya pula....namun, semua majlis lebih kurang sama.....

jangan bimbang dan takut untuk berkahwin dengan orang Kelantan..

niat yang baik tulus ikhlas...segalanya akan dipermudahkan...


 



selamat menjalani ibadah perkahwinan bagi semua bakal-bakal pengantin yang berkahwin dimusim cuti sekolah ini....semoga menjadi suami...isteri...ayah...ibu....yang bertanggungjawab dan soleh solehah.....lagi seminggu sahaja...

COUNTDOWN....7....6.....5.....4.....3.....2.....1.....hari lagi..

24jam.........1jam lagi nak akad....

tahniah dan syabas !!!

7 comments:

  1. sesiapa yang bakal kahwin musim cuti sekolah nantilah...mereka mesti ada yang buat countdown...dulu countdown untuk UPSR....PMR...SPM...Final EXAM Diploma...BACHELOR...GRADUATION...menghitung hari ;-)

    ReplyDelete
  2. http://www.hodorata.blogspot.com/ follow ambo..hehe, congrats ;D

    ReplyDelete
  3. wah mu ore kuak napok.....duk site2 pede skali

    ReplyDelete

nothing can fly without airfoil...

but i try my best to do it




luahan.....dengarla muzik berbicara










Music





NASA's Shuttle/Rocket Missions Countdown