renungan mataku...

2011



Tuesday, March 22, 2011

solat yang khusyuk




tiada alasan untuk tidak solat

ANTARA TEKNIK UNTUK MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT DAN KEMANISAN MELAKUKAN IBADAH

SOLAT KHUSYU'

tiada alasan tidak solat. solat di atas air



1] Sentiasa melakukan solat berjemaah (yang paling afdal ialah di masjid).

2] Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.

3] Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

4] Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

solat di padang. tiada alasan pakaian kotor melainkan terkena najis yang tidak boleh dicuci. gambar imam muda asyraf



5] Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.

6] Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.

7] Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.

8] Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.

9] Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang maha Agung dan maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

tiada sebab eninggalkan solat. gambar solat di angkasa lepas


10] Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.

11] Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Qur’an dan segala zikir.

12] Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa jua bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.

13] Memandan ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat.

14] Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

15] Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.

16] Memastikan tiada gangguan dalam kawasan kita bersolat.

17] Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Indahnya Hidup Bersyariat Oleh Ustaz Ismail Kamus

No comments:

Post a Comment

nothing can fly without airfoil...

but i try my best to do it




luahan.....dengarla muzik berbicara










Music