renungan mataku...

2011



Monday, May 11, 2009

sepasang tayarku hilang lagi....

seperti biasa diri ini akan pergi menunaikan solat jumaat di masjid...


“Wahai orang-orang yang beriman jika dilaungkan azan memanggil kamu untuk bersolat Jumaat, maka bersegeralah untuk menunaikannya dan tinggalkan jual-beli”.
Surah al-Jum’ah, ayat 9.


seruan Allah ini mengingatkan tentang kewajipan solat jumaat....

tapi...sudah banyak kali ujian ini menimpa diri ini..iaitu...kehilangan sepasang tayar....

sudah keliling masjid...mencari di mana hilangnya tayar(selipar jepun je sebenarnye)..hehe

sebelumni..pernah sandal yang berharga separuh nilai wang kertas berwarna unggu hilang...tp, ku redha sahajalah..
mungkin ujian daripadaNya...mungkin diri ini pernah merasa riya' ketika memakai selipar itu...hehe

keliling ruang kaki lima masjid kucari..namun...tiada langsung tanda-tanda kewujudan selipar...masjid di kampungku tidak pernah ku hilang selipar..pelik sungguh di negeri mutiara ini...

ada ajk masjid yang kukenali..menawarkan supaya membawa pulang sahaja selipar tandas...tapi..ku tak mahu menggunakan harta masjid....

tuhan sahaja yang tahu...diri ini terpaksa pulang berkaki ayam di tengah panas...ditambah lagi dengan bahang jalan tar yang mencapai suhu melebihi takat didih...

wah!!! memang mencabar...begitulah ujian daripadaNya....

seharusnya kita perlu memuhasabah diri...bertanyakan mengapa Allah memberi ujian sebegini....mungkin kerana diri ini tidak tahu mensyukuri nikmat selipar jepun, sandal, dan lain-lain yang dukurniakaNya...mungkin juga diri ini berbangga ketika memakai selipar jepun..hehe

No comments:

Post a Comment

nothing can fly without airfoil...

but i try my best to do it




luahan.....dengarla muzik berbicara










Music





NASA's Shuttle/Rocket Missions Countdown