renungan mataku...

2011



Monday, May 11, 2009

sepasang tayarku hilang lagi....

seperti biasa diri ini akan pergi menunaikan solat jumaat di masjid...


“Wahai orang-orang yang beriman jika dilaungkan azan memanggil kamu untuk bersolat Jumaat, maka bersegeralah untuk menunaikannya dan tinggalkan jual-beli”.
Surah al-Jum’ah, ayat 9.


seruan Allah ini mengingatkan tentang kewajipan solat jumaat....

tapi...sudah banyak kali ujian ini menimpa diri ini..iaitu...kehilangan sepasang tayar....

sudah keliling masjid...mencari di mana hilangnya tayar(selipar jepun je sebenarnye)..hehe

sebelumni..pernah sandal yang berharga separuh nilai wang kertas berwarna unggu hilang...tp, ku redha sahajalah..
mungkin ujian daripadaNya...mungkin diri ini pernah merasa riya' ketika memakai selipar itu...hehe

keliling ruang kaki lima masjid kucari..namun...tiada langsung tanda-tanda kewujudan selipar...masjid di kampungku tidak pernah ku hilang selipar..pelik sungguh di negeri mutiara ini...

ada ajk masjid yang kukenali..menawarkan supaya membawa pulang sahaja selipar tandas...tapi..ku tak mahu menggunakan harta masjid....

tuhan sahaja yang tahu...diri ini terpaksa pulang berkaki ayam di tengah panas...ditambah lagi dengan bahang jalan tar yang mencapai suhu melebihi takat didih...

wah!!! memang mencabar...begitulah ujian daripadaNya....

seharusnya kita perlu memuhasabah diri...bertanyakan mengapa Allah memberi ujian sebegini....mungkin kerana diri ini tidak tahu mensyukuri nikmat selipar jepun, sandal, dan lain-lain yang dukurniakaNya...mungkin juga diri ini berbangga ketika memakai selipar jepun..hehe

Monday, May 4, 2009



كادڠ-كادڠ هاتي اين مرينتيه

كناڤ نصيبكو بڬيني

اڤاكه سيلڤ دان دوساكو

سمڤأي كو مران سبڬيني

نامون كو مموجوق هاتي اين

سوڤاي برسڠك باءيق دڠن الله

كران سڬالا دوڬان كهيدوڤن اين

اكن منجاديكن كيت لاڬي تاب

thermodynamics

thermodynamics is words from Greek ..

thermo refer to therme - heat
termo - panas atau haba

dynamic - power
dinamik - kuasa atau sangat bertenaga

sumber: termodinamik kejuruteraan, universiti teknologi malaysia






sebenarnya....setiap hari kita mengaplikasikan termodinamik bermula daripada kita celik mata sampai la bukak mata balik....termodinamik bermaksud kajian tentang haba yang ada hubungannya dengan benda-benda yang bergerak. kebanyakan kajian dalam termodinamik melibatkan mesin-mesin yang menghasilkan atau menggunakan kerja, seperti enjin, turbin dan pemampat.



Saturday, May 2, 2009

kasih nan abadi


tidak kira apa sekali yang terjadi dalam hidup ini..mereka akan sentiasa bersama dengan kita di kala susah dan senang..

ketawa menangis bersama...sungguh, mereka amat berharga buat diri ini....hanya ada satu sahaj ayah kandung dan ibu kandung di dunia ini....tiada yang kedua apetah lagi yang seterusnya...

kasih mereka tiada tandingan....

owh..alangkah manisnya jika dapat bersama dengan mereka sekarang......berpuluh ribu kilogram gula sekalipun tidak mampu menandingi manisnya saat bersama mereka....





"Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". ayat 83, surah Al-Baqarah





"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
surah Al-Ahqaf ayat 15







"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
surah Al-Isra' ayat 23



















nothing can fly without airfoil...

but i try my best to do it




luahan.....dengarla muzik berbicara










Music