WASIAT IMAM SYAFI'I
BERAKHLAK MULIA
1.Perbanyaklah
Amal Kebaikan
Nafsuku
padam tatkala ubun-ubunku menyala. Malamku gelap gelita ketika
bintang bersinar terang. Wahai burung hantu yang hinggap di
atas ubun-ubunku! Ketika burung gagak terbang dariku, kau
kunjungi daku dan kau lihat tubuhku semakin rapuh. Memang
setiap tempat yang kau kunjungi bererti itulah tempat-tempat
kerapuhan.
Masihkah
dapat kunikmati manisnya hidup, meskipun rambutku semakin
menipis dan ubanku semakin menyebar, sulit untuk disemir ?
Ketika usia senja seseorang telah datang dan rambutnya semakin
memutih, hendaknya dia segera menumpas keseronokan serta kekejian
hari-harinya dengan kebaikan.
Tinggalkanlah
perkara-perkara yang buruk ! Kenapa hal itu haram dilakukan
oleh orang yang bertaqwa. Dan tunaikanlah zakat atas kedudukan
atau jawatanmu, kerana zakat tersebut sama dengan zakat harta
bila telah sampai nisabnya.
Berlaku
baiklah kepada orang lain. Kerana dengan begitu, kelak engkau
akan dapat menguasai manfaat kepada orang lain.
Jangan
berjalan di atas bumi dengan penuh keangkuhan. Ketahuilah
bahawa tidak lama lagi bumi ini akan menelanmu.
Barangsiapa
sedang mencicipi dunia, di situlah aku pernah merasakan pahit
getirnya kehidupan. Bagiku dunia adalah tipu daya dan penuh
berisi kedustaan, bagaikan fatamorgana di tengah padang sahara.
Dunia tidak ubahnya bagaikan bangkai-bangkai busuk yang hanya
anjing-anjing kelaparan yang mahu mendekatinya. Jika engkau
menjauhi dunia, kelak engkau akan terselamat dari kekotorannya.
Tapi, jika engkau dekati dunia, maka engkau akan diserang
oleh anjing-anjingnya.
Berbahagialah
orang-orang yang kukuh asas imannya dan menutup diri dalam
kesucian jiwa.
2.
Akhlak Yang Baik
Jika
aku dicaci maki oleh orang yang hina, itu petanda bahawa darjatku
akan bertambah. Kerana tidak akan muncul keaiban kecuali akibat
perbuatan seseoranng. Jika jiwaku belum menjadi mulia atas
dunia akan kutetapkan ia di kalangan orang-orang yang hina.
Jika semua usahaku kuniatkan hanya untuk kepentinganku sendiri,
maka engkau akan menemukan diriku memiliki banyak kesempatan
untuk itu. Tetapi, aku berusaha melakukan sesuatu untuk kepentingan
kawan-kawanku. Sungguh merupakan suatu cela atas orang yang
kenyang, sementara dia membiarkan kawan-kawannya kelaparan.
Suatu
ketika aku pernah mendapat penghinaan dari orang bodoh, namun
aku tidak menganggapinya. Dia semakin bodoh, dan aku semakin
bijak. Ibarat batang kayu cendana, semakin hangus dibakar,
semakin harum baunya. Jika orang-orang bodoh bertutur kata
di depanmu, janganlah engkau tanggapi ! Sebaik-baik tanggapan
untuk mereka adalah dengan bersikap diam. Jika kau berbicara
di hadapan mereka, janganlah sampai terbawa arus pendapat
yang diciptakan mereka. Dan jika kau berpaling dari mereka,
wajah mereka akan tampak pucat pasi.
3.
Jiwa Yang Kerdil
Diriwayatkan
oleh Abdullah Al-Asbahani dari Abu Nashr dari Abu Abdillah
yang mengatakan bahawa pernah mendengar Imam As-Syafi'I berkata
:
"Tumpukan
wang dapat membuat orang-orang yang sebelumnya membisu menjadi
banyak bicara. Hati mereka tidak pernah mengenali kelebihan
orang lain, dan tidak tahu darjat kemuliaan mereka sendiri"
4.
Jiwa Yang Mulia
Tercabutnya
gigi, seksa di penjara, tercabutnya jiwa, ditolaknya cinta,
sejuk yang mencengkam, hukuman gantung, menyamak kulit binatang
tanpa sinaran matahari, memakan daging, memburu burung, menanam
biji di tanah yang gersang, memadamkan kobaran api, menanggung
malu, menjual rumah dengan harga murah, menjual kasut, dan
menghadapi keganasan cambukan rotan, semuanya itu masih lebih
meminta belas kasihannya.
5.
Tiga Penyebab Datangnya Penyakit
Terdapat
tiga perkara yang dapat merosak manusia di samping juga dapat
menyebabkan orang sihat menjadi sakit. Iaitu membiasakan minum
minuman keras , terlalu banyak bersenggama, dan terburu-buru
memasukkan makanan ketika di mulut masih ada makanan.
Mestikah
kutaburkan permata ke hadapan domba-domba bodoh, atau mestikah
aku bersajak di depan pengembala kambing-kambing ?
Sungguh
! Jika hidupku terlantar di negeri ini, aku akan memanfaatkan
kata mutiara yang keluar dari penghuninya.
Jika
Allah masih menganugerahi aku dengan kasihnya, akan kutemukan
orang-orang pandai dan bijak.
Akan
kusebarkan ilmuku, dan kumanfaatkan kecintaan mereka. Jika
tidak, maka ilmuku akan selalu ku simpan.
Barangsiapa
mengajari orang bodoh, akan sia-sia. Barangsiapa melarang
orang lain yang berhak mendapat ilmu, zalimlah dia.
6.
Meruntuhkan Kehormatan Orang Lain
Wahai
orang yang telah menghancurkan kehormatan orang lain, dan
yang memutuskan tali kasih sayang, kau akan hidup penuh kehinaan.
Jika engkau orang merdeka dan dari keturunan orang yang baik-baik,
pastilah engkau tidak akan menodai kehormatan orang lain.
Barangsiapa
pandai menimbang orang lain, tentu orang lain akan menimbang
dirinya dengan segenap kebaikannya. Cukup sudah bagiku pengajaran
dari guruku.
7.
Buruk Sangka
Prasangka
selalu buruk dan prasangka buruk itu sumber fitnah. Ketika
seseorang melemparkan tuduhan dalam keadaan lapar, ia hanya
mengungkapkan prasangka baik dan ucapan yang enak didengar.
8.
Terimalah Maaf Dengan Tulus
Terimalah
permintaan maaf sahabatmu yang melakukan kesalahan, baik ia
jujur mengatakannya kepadamu ataupun tidak. Dengan begitu
bererti telah taat kepadamu orang yang engkau terima dari
segi lahirnya sahaja. Dan telah membuatmu mulia orang yang
bermaksiat kepadamu secara sembunyi-sembunyi
9.
Permintaan Maaf Sebagai Penebus Dosa
Dikatakan
kepadaku "Si polan telah membuatku sedih". Padahal merupakan
suatu cela bila seorang pemuda diperhatikan. Ku jawab : "Dia
telah datang kepadaku untuk meminta maaf. Dan menurutku permintaan
maafnya merupakan penebus dosanya."
10.
Diam Membawa Keselamatan
Banyak
orang berkata : "Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi
?" Aku katakana kepada mereka : Menanggapi sesuatu permusuhan
sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi
orang bodoh atau orang yang gila merupakan kebajikan jiwa.
Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan.
Tidakkah engkau lihat ! Harimau-harimau hutan itu ditakuti
dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan
raya banyak yang dilempari kerana selalu mengonggong.
11.
Keutamaan Orang Pendiam
Aku
menganggap diam sebagai perniagaan. Meskipun tak ada untungnya,
paling tidak aku tak merugi. Diam ibarat barang niaga yang
membawa banyak keuntungan bagi pemiliknya.
12.
Sang Dermawan
Jika
kamu tidak boleh bersikap dermawan, maka ingatlah bahawa hari-harimu
yang telah berlaku tak akan kembali. Bukankah tanganmu boleh
mengepal dan membuka ? Apa yang boleh kau harapkan ketika
kau sendirian tatkala bumi mencengkam dirimu dengan kuku besinya
? Saat itulah tentu, engkau berharap untuk dapat kembali ke
dunia, padahal hari-hari itu tak akan pernah kembali.
13.
Ciri-ciri Orang Warak
Seorang
yang memiliki sifat warak, tak akan mempedulikan kejelekan
orang lain, kerana disibukkan oleh aibnya sendiri, ibarat
orang sakit, ia tak mungkin menghiraukan penyakit orang lain,
kerana sibuk memperhatikan penyakitnya sendiri.
14.
Mengendalikan Nafsu
Yaqut
Al-Hamawiy berkata bahawa pada suatu hari ada seorang yang
datang kepada Imam Syafi'i seraya membawa lembaran bertulis
: "tanyakanlah kepada mufti Mekah dari keturunan Hasyim, apakah
yang dia lakukan ketika sedang sangat marah kepada seseorang."
Imam Syafi'i lalu menuliskan sesuatu di bawah pertanyaan itu.
Tekanlah
nafsunya, kendalikan amarahnya dan hendaklah bersabar dalam
menghadapi setiap persoalan.
Pembawa
lembaran itu kemudian datang kembali sambil membawa tulisan
yang baru sebagai jawapan fatwa Imam Syafi'i.
Bagaimana
mungkin dia dapat menekan nafsunya pada saat nafsu itu telah
menjadi pembunuh dan setiap hari ada saja halangan yang merintanginya.
Imam
Syafi'i menjawab lagi.
Jika
dia tidak mahu bersabar atas derita yang menimpanya, maka
tidak ada jalan lain baginya, kecuali hidup berhiaskan tanah.
15.
Menyimpan Rahsia
Bila
seseorang membuka rahsia peribadinya di depan orang banyak,
kemudian dia mencela orang lain, maka orang tersebut dianggap
tidak waras. Bila dia merasa dadanya sempit akibat rahsia
peribadinya, maka ketahuilah bahawa dada tempat menyimpan
rahsia tersebut lebih sempit lagi.
16.
Hiasan Diri
Jagalah
dirimu dan hiasilah dirimu dengan budi pekerti yang mulia
! Nescaya engkau akan hidup sejahtera, dan tutur kata orang-orang
terhadapmu akan menjadi indah.
Janganlah
memusuhi manusia, kecuali dengan sikap ramah. Nescaya akan
ada yang menolongmu dan sahabat akan mengasihimu.
Tidak
baik mencintai orang yang berwajah banyak (munafik) kerana
ia akan mengikut arah angin ke manapun angin itu bertiup.
Apakah
erti banyak kawan jika mereka tidak menolong di waktu kita
susah.
17.
Sikap Lembut
Aku
mengenali banyak orang, tetapi aku tidak pernah merasa dengki
kepada mereka. Itulah sebabnya mereka sayang padaku. Bagaimana
mungkin seseorang akan berlemah lembut kepada seorang pendengki,
bila pendengki itu tidak menghendaki sesuatu apapun selain
hilang nikmat dari orang tersebut.
18.
Menjaga Diri
Jagalah
dirimu baik-baik, nescaya isterimu akan menjaga dirinya dengan
baik. Hindari perbuatan keji yang tidak pantas dilakukan oleh
seorang muslim. Zina itu ibarat hutang, jika kau lakukan,
maka isterimu dan anak-anakmu yang akan membayarnya. Renungkanlah.
19.
Menjaga Lidah
Jagalah
lidahmu kawan ! Agar ia tidak menyengatmu, kerana lidah tidak
ubahnya ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan
lidah, padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya.
20.
Rahsia Peribadi
Jika
hidupmu ingin selamat dari nista, agama mulia, dan hartamu
terjaga, jangan sekali-kali engkau buka rahsia peribadi seseorang.
Kerana semua orang mempunyai rahsia peribadi, dan mereka juga
mempunyai lidah.
Tetapi
jika kedua matamu terbeliak mencari keaiban, biarkanlah. Katakan
saja : "Hai mataku ketahuilah bahawa semua manusia punya mata."
Pergaulilah manusia dengan baik, tampakkan keramahan kepada
manusia, dan layanilah mereka denagn baik. "
21.
Menilai Diri Sendiri
Nilailah
orang yang menilaimu dengan ukuran yang dipakainya waktu ia
menilaimu. Siapapun yang datang dan berbaik hati padamu, sambutlah
dengan hari lapang, dan siapa saja yang membencimu, layannilah.
Kembalikanlah kepada Tuhan, kerana segala sesuatu yang datang
kepadamu berasal daripadaNya.
22.
Jika Akan Mulia Dengan Hidup Apa Adanya
Kubunuh
sifat-sifta tamakku, maka tenanglah jiwaku. Jiwaku akan hina
kalau aku tetap tamak. Kuhidupkan rasa puas yang telah lama
mati, kerana dengan menghidupkannya harga diri dapat terjaga.
Jika sifat rakus bersarang di hati seorang hamba, maka ia
akan menjadi orang yang hina dina.
23.
Diam Itu Lebih Baik
Tidak
ada baiknya banyak bicara jika engkau telah mengetahui inti
pembicaraannya. Bagi seseorang pemuda lebih baik diam daripada
berbicara yang tidak pada tempatnya. Sebab, seseorang pemuda
memiliki watak yang dapat dilihat dari raut mukanya.
24.
Pahitnya Menjaga Kebaikan
Jangan engkau fikirkan kebaikan orang yang telah diberikan
kepadamu. Pilihlah bahagian yang sesuai untukmu. Bersabarlah
! Sesungguhnya sabar itu perisai diri. Pemberian-pemberian
orang lebih berat tanggunggannya di hati dibandingkan tusukan
tombak.
25.
Berpaling Dari Orang Bodoh
Berpalinglah
dari orang-orang yang bodoh, kerana yang dikatakannya bermula
dari kebodohannya. Tidak ada bahawa sungai Eufrat yang dalam
itu, jika ada anjing yang menyeberanginya.
26.
Mata Orang Yang Redha Itu Tumpul Terhadap Kesalahan
Mata
orang yang redha seringkali tumpul terhadap semua keaiban.
Tapi mata orang yang benci sering kali memusatkan kejelekan.
Aku tidak takut kepada orang yang tidak takut kepadaku. Maka
cintaku pun akan mendekat kepadanya. Dan jika cintanya menjauhi
dariku, maka kita dapat hidup sendiri, apa lagi jika kita
telah mati.
No comments:
Post a Comment