Kami Sayang Mak Ayah kami...
Luqman
mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah
payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala
macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak
keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung
penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan
anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun
dan mentarbiyah anak siang dan malam.
Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun
berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan
maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka
ketika itu haram mentaati perintah itu.
Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang
ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa
datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan
terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas
itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang
tercinta.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan
kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada
ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas
kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku
dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"
ubahlah sikap kita...jangn sesekali berkata...penatlah nak balik kampung...jauhlah nak balik kampung....
apatah lagi berkata...membazirlah balik kampung....
balik kampung...balik kampung ni nak jumpa mak ayah.....merekalah yang telah mengasuh...mendidik kita dari kecil sampai besar....
sampai bila pun kita tidak mampu nak balas jasa mereka....nak bertanya khabar mak ayah pun susah??? nak balik kampung pun jarang-jarang????
fikirlah sejenak...anda berada di mana....
No comments:
Post a Comment