awal muharram
AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara
amalan disunatkan pada bulan Muharam:
-
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang
siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis,
Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat
selama 2 tahun.
-
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
-
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar
sebanyak 3 kali
-
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat
belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
-
Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan
hidupnya pada tahun ini.
-
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam
kubur nanti.
-
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya
ke dalam golongan yang redha.
-
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya
iman dalam hatinya.
-
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan
sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
-
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga
ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin
di dunia ini.
-
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya
sentiasa diterangi cahaya keimanan.
-
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
-
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
-
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan
memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
-
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan
dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz
niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana
Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca
Qulhuwallah 11 kali.
-
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi
sekalian orang Islam berbuka puasa.
-
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana
Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali
umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
nothing can fly without airfoil...
but i try my best to do it
luahan.....dengarla muzik berbicara
No comments:
Post a Comment