USRAH berasal dari kalimah
Bahasa `Arab yang bererti keluarga. Penggunaan istilah ini (USRAH), pada
umumnya adalah untuk menunjukkan adanya hubungan atau ikatan persaudaraan
sesama manusia sama ada dalam hubungan rumahtangga, darah keturunan, suku
bangsa atau puak.
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Surah al-'Alaq:1-5)
Di dalam ayat di atas dapat juga difahami bahawa Allah mengajar manusia melalui pena dan tulisan yang bermaksud ilmu akan diperolehi melalui pembacaan dan selanjutnya boleh dikongsi dengan orang lain.
Pemerolehan ilmu boleh juga berlaku dengan perantara contohnya melalui guru. Konsep ini disebut sebagai pengajaran dan pembelajaran. Penerokaan ilmu melalui cara ini samada formal atau tidak formal pastinya melibatkan etika, prinsip, adab dan proses serta teknik tertentu dan bagi seorang Muslim semuanya terkandung di dalam sumber-sumber sah yang ditetapkan oleh agama. Paling terutama terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW.
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Surah al-'Alaq:1-5)
Di dalam ayat di atas dapat juga difahami bahawa Allah mengajar manusia melalui pena dan tulisan yang bermaksud ilmu akan diperolehi melalui pembacaan dan selanjutnya boleh dikongsi dengan orang lain.
Pemerolehan ilmu boleh juga berlaku dengan perantara contohnya melalui guru. Konsep ini disebut sebagai pengajaran dan pembelajaran. Penerokaan ilmu melalui cara ini samada formal atau tidak formal pastinya melibatkan etika, prinsip, adab dan proses serta teknik tertentu dan bagi seorang Muslim semuanya terkandung di dalam sumber-sumber sah yang ditetapkan oleh agama. Paling terutama terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW.
‘Usrah’ bermaksud keluarga dalam
bahasa Arab.Bapa sebagai pendidik dan role model kepada anak-anak yang
merangkumi aspek fikriah,jiwa dan rohani.Tanggungjawab ini dibantu oleh
si ibu.Ironinya, kebanyakan keluarga kita tidak berfungsi sebagai unit
asas pembentukan muslim sejati itu.Maka istilah ‘usrah’ diambil dan
diaplikasikan sebagai unit penggerak untuk mendidik dan membina individu
muslim. Istilah ini dimulakan oleh Imam Hassan Al Bana bermula sekitar
1920-an dan 1930-an. Ketika itu baru sahaja tamat pemerintahan Khalifah
Islam yang terakhir.Negara-negara Islam di Timur Tengah yang asalnya di
bawah satu pemerintahan dipecah-pecahkan dan diserapkan dengan ideologi
nasionalsima.(Rujuk Revolusi Arab) - sumber http://halwahati.wordpress.com/2011/04/18/alergiklah-usrah-usrah-ni/
Umat Islam seluruh dunia hilang
pemimpin, ibarat anak ayam hilang ibunya,tidak tahu/ lupa/ buat-buat
tidak tahu sejarah kehebatan Islam dan perlahan-lahan meninggalkan
ajaran Islam yang sebenar. Sistem pendidikan mereka tidak lagi menekankan
malah melupakan langsung konsep asas belajar,memahami dan mengamalkan
Al-Quran. Jika ada,pendidikan agama diletakkan sebagai subjek sampingan
padahal Ad-Din itu sebenarnya bermaksud cara hidup bukan sekadar
bermaksud agama seperti yang kita fahami. Bukan sekali sekala tapi
berkala-kala hidup bercampur aduk dengan pengaruh jahiliyah.
Intipati asas seperti apa tujuan
hidup manusia, Islam sebagai cara hidup,tanggungjawab mengajak orang
lain ke arah kebaikan dan makna sebenar shahadah menjadi satu benda yang
sangat asing dalam kebanyakan (ke semua?) diri Muslim sekarang.
sebelum itu, jom muhasabah diri...apa yang dah kita buat hari ini...berapa banyak kebaikan yang kita lakukan...
berapa sedekah...amal jariah yang kita dah buat...
amalan sunat...
apa dosa yang telah kita lakukan....
mesti ada antara kita tidak suka dengan usrah....
ada yang sampai 'allergik' dengar perkataan usrah...
ada yang takut dengan mereka yang menyertai usrah.....
ada yang tidak sanggup pergi solat kat masjid takut nanti terserempak dengan geng usrah yang asyik ajak sertai mereka...
ada yang tidak buka pintu bila ada jemaah tabligh yang datang ketuk pintu
dan...
apapun..
saya sendiri pun...
mungkin ramai yang tertanya-tanya sebab apa diri ini tidak menyertai usrah....mungkin sebab saya tidak istiqamah....mungkin sebab saya seorang yang berfikiran negatif.....mungkin sebab saya seorang yang sibuk...mungkin sebab saya seorang pemalas...mungkin...mungkin....mungkin....
kita lagi cepat bagi persepsi daripada mengetahui perkara sebenar...
maaf artikel kali ini tiada niat untuk menghalang sesiapa meneruskan usrah...meneruskan dakwah...cuma betulkan cara...supaya daripada minoriti yang maca ini tidak menjadi majoriti.....semoga semua berubah menjadi lebih baik...buka minda...
pertama...orang yang menyertai usrah ni tak menepati masa (hanya segelintir)...saya memang paling tidak suka menunggu apatah lagi terpaksa berlama-lama tanpa kerja...kalau buat di masjid lain lah..boleh niat iktikaf...dapt juga pahala...padahal kita ada inisiatif lain yang lebih cepat..pantas dan hanya ambil masa beberapa saat sahaja....iaitu media...di televisyen, pagi-pagi ada ceramah motivasi...tazkirah...internet pun banyak..you tube...taip je nama ustaz..tajuk apa..topik apa....
kedua...mereka yang hendak menyampaikan ilmu kepada kita itu...suka bercakap, pada pendapat saya...pada saya.......berdasarkan kefahaman saya....bukannya bercakap sesuatu dimulai dengan, "berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W"...bukan juga "berdasarkan dengan ayat Al-Quran"...tetapi "pendapat"..."pandangan" sendiri...untuk lebih comel lagi...bila kita dengar ceramah atau tazkirah pun, dengarlah daripada ustaz yang selalu guna dalil...ayat al-Quran....hadis...kitab...
ketiga, mereka sepatutnya utamakan keluarga dahulu...utamakan yang hampir dengan kita....jiran tetangga...berapa ramai di antara kita yang ajak mak ayah..anak-anak...adik beradik....isteri...rakan sebilik...rakan serumah...jiran...solat berjemaah....baca al-ma'thurat bersama-sama...nasihat-menasihati dengan berhikmah....bawa anak lelaki pergi solat masjid...pagi-pagi lagi dimulakan dengan kejut subuh...solat sama-sama...kemudian sarapan sama-sama....
yang paling mendukacitakan....mereka yang sibuk dengan usrah...adik beradik terabai...anak-anak semua isteri yang kena buat...kerja rumah semua isteri yang buat...cuba tanya diri...siapa isteri dihati anda...kalau anak pula...semua mak yang kena buat...mak ayah kita ni...sejak kita lahir lagi berkorban macam-macam untuk kita...mendidik...bagi keperluan secukupnya..sanggup berlapar demi kita...sanggup tidak hidup mewah demi kita...anak-anak....tolonglah mak ayah buat kerja rumah..lepas makan, basuh pinggan..tak patah pun jari tu....tolonglah mak jemur kain...tak tercabut pun lengan tu...
mak ayah kita...isteri...bukan 'BIBIK' tau...or kakak, adik perempuan bukan MAID tau....
gambar belakang rumah di kampung
" kerana nila setitik habis susu sebelanga "
maaf...bukan semua...hanya segelintir yang sebegini....berubahlah supaya utamakan apa yang sepatutnya..
bukankah berbakti kepada orang tua iti lebih utama....bukankah tanggungjawab pada anak isteri itu lebih penting....
Hierarki cinta seorang anak lelaki adalah pada:
1. Allah SWT
2. Rasullullah SAW
3. Ibu bapa
4. Isteri dan anak-anak
"Manakala bagi perempuan, ini hierarkinya:
1. Allah SWT
2. Rasullullah SAW
3. SUAMI
4. Ibu bapa
jadikanlah insan yang patut kita cintai ini supaya bila mana kita lihat mereka..kita akan rasa...seperti hadis ini
Hadith Qudsi riwayat Imam Bukhari dan Muslim: Rasululllah saw bersabda:
Allah berfirman: Aku berada di sisi sangkaan hambaKu kepada Ku, dan Aku bersamanya jika ia ingat (dzikir) akan Ku, jika ia mengingati Aku sendirian, Aku akan ingat akan dia sendirian, jika ia mengingati Aku dalam kumpulan maka Aku akan ingat padanya dalam kumpulan yang lebih baik dari mereka.
jadi bila kita duduk di rumah tu...bukalah zikir...bacaan ayat suci al-quran...negara yang aman harmoni daripada bangsa yang bersatu padu...bangsa yang hebat daripada masyarakat yang beriman...masyarakat yang beriman daripada jiran tetangga yang muafakat....jiran yang muafakat daripada keluarga yang bertaqwa...keluarga yang bertaqwa daripada ibu bapa yang hebat mendidik....ibu bapa yang hebat mendidik melahirkan anak-anak yang soleh-solehah....
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah seterusnya sabda Rasulullah saw:
Sesungguhnya Malaikat-malaikat mencari ahli zikir, jika mereka bertemu sekumpulan yang berzikir mengingati Allah mereka akan mengajak yang lain ikut bersama dan mengembangkan sayap mereka ke langit, dan apabila mereka, ahli berzikir bersurai, semua malaikat naik ke langit dan Allah bertanya (dan Dia lebih mengetahui akan hal mereka): Dari mana datangnya kamu?
Malaikat menjawab:kami datang dari sekumpulan hamba2Mu di bumi yang bertasbih, bertakbir dan bertahlil. Allah berfirman: Adakah mereka dapat melihatKu? Malaikat menjawab: Tidak. Allah berfirman: Jikalau mereka dapat melihatKu? Malaikat menjawab: Akan lebih bersungguh2 pujian dan tasbih mereka….
Maka Allah berfirman: Saksikanlah bahawasanya Aku telah mengampuni mereka. Berkata seorang Malaikat: Si Fulan bukan dari kalangan mereka dia hanya datang untuk sesuatu hajat. Allah berfirman: Mereka kaum yang tidak merugikan teman mereka.
alangkah baiknya bila mana kita berbuat demikian dengan insan-insan yang kita sayang....
maaf jika artikel ini agak keterlaluan....sensitif....dah maghrib..jom solat di masjid atau berjemaah bersama keluarga di rumah...
No comments:
Post a Comment