kurang lebih 5 hari lagi kita akan menyambut hari raya aidiladha....mesti semua dah tidak sabar-sabar untuk pulang berhari-raya di kampung....
ada yang bakal mengerjakan ibadah qurban....
kuliah maghrib disampaikan oleh ustaz Dr Wan Abdul Fattah pensyarah kanan USIM tadi begitu berkesan...
Sukacita dikongsikan sebuah hadis Rasulullah s.a.w mengenai kelebihan berqurban: “Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (qurban) itu?”. Rasulullah menjawab: “Itulah sunnah ayahmu Ibrahim”. Para sahabat kembali bertanya: “Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?”. Rasulullah menjawab lagi : “Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan”. (HR. Ahmad dan Ibn Majah)
umat Islam seluruh dunia juga akan melaksanakan ibadah Qurban serentak pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah tidak kira jemaah haji atau tidak.....
Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Barangsiapa yang berkurban dengan senang hati (rela dan ikhlas hatinya sukakan berkurban) lagi mencari pahala pada kurbannya, maka kurbannya menjadi penghalang baginya dari neraka.)"
[Hadith at-Tobrani]
cuba teka..antara lembu-lembu ini yang mana paling afdhal buat qurban???
jawapannya adalah yang berwarna putih paling afdhal....kemudian kuning kecoklatan...kemudian merah...kemudian...putih hitam...kemudian yang akhir...yang warna hitam....
Amalan-Amalan yang digalakkan dalam sepuluh hari Zulhijjah.
1. Mengerjakan Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan.
Kedua-dua ibadah ini merupakan ibadah
yang paling utama dilakukan dalam sepuluh hari Zulhijjah, sesiapa yang
Allah permudahkannya untuk mengerjakan haji di Baitullah dan mengerjakan
umrah sebagaimana yang telah disyariatkan maka ganjarannya adalah
syurga, berdasarkan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:
العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما، والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة
“Umrah dengan umrah(berikutnya)
menghapuskan dosa diantara keduanya,dan Haji yang mabrur tiadalah
baginya ganjaran melainkan syurga.”
[Muttafaqun` alaih]
2.Puasa pada hari ‘Arafah (9 Zulhijjah).
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
telah mengkhususkan puasa pada hari ‘Arafah iaitu hari yang termasuk
dalam hari-hari daripada hari sepuluh Zulhijjah, sabda Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam:
صيام يوم عرفة، أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله، والسنة التي بعده
“Puasa pada hari ‘Arafah, aku mengira
Allah akan menghapuskan dosa-dosa pada tahun sebelumnya dan dosa-dosa
pada tahun selepasnya.”
[HR Muslim no:1162]
3. Takbir, Tahmid dan Tahlil serta berzikir kepada Allah Ta’ala.
Daripada Ibnu ‘Umar radiallahu ‘anhuma daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر، فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari-hari yang lebih agung
disisi Allah dan tidak ada hari yang lebih dicintai amal soleh padanya
daripada hari-hari sepuluh ini, maka perbanyakkanlah dalamnya tahlil,
takbir dan tahmid.”
[Hadith Shahih riwayat Ahmad no: 6154]
Selain daripada amalan-amalan yang
disebutkan, amalan soleh yang lain juga termasuk dalam keumuman hadith
seperti solat, sedekah, membaca al-Quran, istighfar, berbuat baik kepada
ibu-bapa, menyambung silatur rahim, ziarah kaum kerabat, memperbaiki
hubungan antara manusia yang berbalah, amar makruf nahi mungkar, menjaga
lisan dan kehormatan, berbuat baik kepada jiran, menuntut ilmu dan
lain-lain lagi daripada amalan-amalan soleh, maka pilihlah amalan sunnah
apa yang mampu kita lakukan setelah amalan-amalan wajib yang telah kita
lakukan, kerana ini merupakan peluang keemasan bagi kita untuk merebut
ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala dengan syarat amalan
kita dilakukan ikhlas kerana Allah Ta’ala dan mengikuti sunnah Nabi
sallallahu ‘alaihi wasallam. Diharapkan apa yang disampaikan ini boleh
menjadi motivasi untuk kita semua untuk terus beramal sehinggalah kita
dipermudahkan oleh Allah Ta’ala untuk bertemu denganNya.
[Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban!]
Larangan Memotong Kuku dan Bulu pada 10 hari terawal Bulan Zulhijjah Bagi Sesiapa Yang Berhajat Untuk Melakukan Kurban..
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam: Maksudnya: “Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan
seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka
janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim].
Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah:
”Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah
larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara
lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama
ada dengan mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu
untuk menghilangkan rambut dan apa juga cara sama ada pada bulu ketiak,
misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagain anggota
badan yang lain.” [Imam an-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, jil. 13, m/s.
138-139]
Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah
lagi: “Para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad
dan sebahagian ulama’ Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan
bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama’nya yang lain mengatakan ia
adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang menghampiri mubah).” [Imam
an-Nawawi, Syarah Sahih Muslim].
kalau kuku dah panjang macam kuku kucing...potonglah..tidak menjadi masaalah
No comments:
Post a Comment