sampai bilakah kita mengharap bantuan daripada orang lain??
sampai bilakah kita berharap...memohon..meminta....
umur orang tua kita semakin hari semakin bertambah...begitu jugalah kita...
apa kata kita pula yang menghulur wang pada mereka bermula di usia 20an...
biarpun anda bergelar seorang pelajar..masih menuntut di universiti...anda masih boleh berdikari...mencari wang sendiri dengan cara yang halal...
aku memang di lahirkan dalam keluarga yang susah suatu masa dahulu. alhamdulillah, sekarang tidak lagi..
mungkin itu faktor utama aku sentiasa berfikir untuk mencari pendapatan sendiri walaupun masih lagi belajar..
alhamdulillah..yuran pengajian telah ku bayar menggunakan duit hasil titik peluh ku sendiri..
memang susah untuk anage masa belajar dengan masa untuk bekerja..
pekerjaan yang paling senang sewaktu masih belajar adalah bekerja sendiri...
busness sendiri ni ikut kemampuan diri sendiri sebab masa nak bekerja anda sendiri yang tentukan..
namun begitu ada banyak pekerjaan yang anda boleh bekerja pada masa yang singkat, tetapi pendapatan yang berpatutan..
antaranya adalah bekerja sambilan di kedai berhampiran kampus anda..cukuplah sekadar bayaran rm5 sejam,
pekerjaan lain adalah menjadi guru tuisyen
selain itu anda juga boleh menyediakan perkhidmatan untuk orang lain seperti printing, sewa kereta, atau apa2 kemahiran yang anda miliki seperti seni bela diri..
anda juga boleh menjadi pencipta alam sekitar..anda boleh mencuba membuat produk yang kreatif daripada bahan terbuang seperti kotak atau kertas..tempurung..tin2 kosong.kemudian di jual pada kedai cenderamata..
jika anda masih tidak mampu membuat kerja2 seperti ini..anda boleh mengaplikasikan pelajaran didalam kelas supaya menjadi sumber pendapatan anda. contohnya subjek lukisan menggunakan software solid work. anda boleh memantapkan skill design anda dengan mencipta pelbagai idea kreatif, kemudian hasil design anda di jual pada syarikat yang berkaitan..sekiranya dalam bidang penulisan, anda boleh menghasilkan karya yang kreatif..
tiada alasan untuk saya tiada masa untuk mencari pendapatan sendiri..tiada alasan untuk menelofon ibu bapa kita semata2 meminta wang daripada mereka untuk perbelanjaan anda ketika belajar...malahan anda mampu mengubah gaya hidup mengharap pada orang tua kita...
TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG DI BAWAH...
tangan yang di atas bermaksud tangan yang memberi..tangan yang di bawah adalah tangan yang menerima pemberiaan...
ayat ini menggambarkan bahawa mereka yang bersedekah itu lebih baik..
nasihat rasulullah saw, " sesungguhnya harta di dunia ini seperti tumbuh-tumbuhan muda yang menghijau dan manis rasanya. Barang siapa yang mendapatkannya dengan cara yang terhormat, maka baginya akan mendapat berkat. Namun, barang siapa yang memperoleh rezeki daripada cara yang tidak sepatutnya, maka tiada keberkatan sehingga dia akan bernasib seperti seorang yang makan makanan dalam kuantiti yang banyak sekalipun tetapi tetap tidak pernah merasa kenyang "
No comments:
Post a Comment