renungan mataku...

2011



Wednesday, January 12, 2011

part time di mcD




waktu malam ku sangat membosankan..selepas melihat buletin utama..aku sudah tidak tahu nak buat apa...akhirnya, aku mengambil keputusan untuk membuat kerja sambilan.

di samping itu, aku dapat mengumpul duit untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.

selepas tamat latihan di malaysian institute of aviation technology, aku menjalani latihan di spirit aerosystems.

waktu latihan seawal jam 8am-530pm..
2 minggu pertama di beri latihan untuk menyiapkan setiap panel pada bahagian sayap AIRBUS A320.

selepas tamat latihan, aku bekerja di mc Donald's Litrak, LDP hentian sebelah barat.
aku masuk kerja pada permulaannya pada pukul 7.00pm.

memang penat..kadang-kadang balik kul 1am..lau x larat balik kul 12 am...tengok keadaan la..
lau semua kerja da siap..memang nak balik cepat..aku memang x suke buat kerja separuh jalan, kemudian tinggalkan pada org lain untuk siapkan..itu memang paling x suke..sebab tu lau kerja x siap..sanggup balik lewat..


selepas sudah biasa bekerja di sana, aku mengambil keputusan untuk masuk terus selepas pulang dari airport subang..memang rush, kul 5.50pm da sampai kat litrak..trus msuk keje..haha..memang kalut..

tapi minggu berikutnya da x jadi masalah..

alhamdulillah...lama jugaklah kerja..dari bulan julai sampai lah awal januari..sehari sebelum daftar masuk belajar..

banyak betul pengalaman kerja kat sini..melayan ragam manusia ni memang macam2...

bermula bekerja di bahagian kitchen pada bulan pertama, selepas itu di bahagian kaunter, runner, kemudian counter drive true...

pernah membawa duit beribu ringgit untuk di tukar wang kecil..rm 1 dan rm 5...memang mendebarkan, bawak duit banyak2..

alhamdulillah tiada pengalaman yang kurang enak..

ketika berada di kaunter, ada customer yang sentiasa tidak puas hati dengan layanan yang kami berikan..ada yang inginkan burger yang sama bentuk seperti gambar yang dipamerkan, seperti yang diiklankan di tv, akhbar..ada customer yang mabuk...dan macam2 lg...

No comments:

Post a Comment

nothing can fly without airfoil...

but i try my best to do it




luahan.....dengarla muzik berbicara










Music