bubur asyura
begini lah suasana gotong royong membuat bubur asyura di kampung saya....kami bergilir-gilir mengacau 3 kawah bubur asyura.....
seawal jam 6.00 pagi sudah diletak kawah....air di jerang sehingga mendidih, kemudian beras dimasukkan....hampir jam 8.00 pagi beras pulut pula dimasukkan....jam 9.00 pagi...pelbagai jenis kacang dimasukkan.....jam 11.00 pagi daging dan ayam dimasukkan.....
kemudian rempah ratus seperti jintan, bunga cengkih, lada hitam, rempah, dan lain-lain lagi.....
buah kelapa diperlukan sebanyak 50 biji untuk setiap kawah...kami ramai mengopek kulit kelapa, kemudian memarut kelapa menggunakan mesin dan kaum ibu memerah santan.....
jam 1.00 tgh hari, santan dimasukkan kedalam kawah.....
sepanjang proses mebuat bubur asyura dari pukul 7.00 pagi sehingga siap pukul 6.00 petang, ketiga-tiga kawah tidak berhenti dikacau oleh kami semua.....
memang happening.....
namun saya hanya sempat meluangkan mase sampai ke pukul 3 petang kerana perlu menemani kakak yang akan bertolak pulang ke sabah keesokan harinya pergi membeli-belah persiapan untuk majlis perkahwinannya nanti....
No comments:
Post a Comment