renungan mataku...

2011



Tuesday, January 26, 2010

balik kg lagi...



tahun ini sahaja, bermula dari awal tahun 2010, sudah 3 kali ambo balik kampung, hari khamis ini, ambo akan balik kampung lagi....jd 4 kali dalam masa satu bulan...hehe

rasa seronok sangat dapat berjumpa dengan mak, ayah, adik-adik, jiran tetanga....maybe sebab ukhuwwah kami bertambah rapat.

maklum sahajalah cuti semester baru- baru ini, banyak aktiviti kami lakukan bersama-sama...menjadi baby sitter untuk anak buah yang baru berusia 2 minggu...cuti sekolah adik-adik di habiskan bersama-sama....men ujan di musim tengkujuh, tahan pukat ikan, men air kat bendang....dan banyak lagi aktiviti bersama-sama budak-budak....ase mcm budak kecik pulak....

hari raya korban sahaja 7 ekor lembu tumbang, rumah ambo 2 ekor, rumah pakcik kat sebelah 1 ekor, rumah sepupu kat depan rumah pak cik 1 ekor, rumah tukang sembelih kat belakang 3 ekor...tu baru untuk hari raya pertama...hehe...meriah x??


pastu aktiviti bubur asyura, rumah pak cik belakang buat 3 kawah..kami buat secara gotong-royong....seronok!!

itu belum di ceritakan lagi kisah suka duka....pelbagai perkara yang terjadi dalam keluarga ambo...biarla cerita happy sahaja yea..huhu






pelik tapi benar, pada tahun ini ambo rase lebih seronok balik kampung sehingga rasa nak balik kampung setiap minggu....maklum sahaja lah jadual kelas hanya 3 hari seminggu...

masa terluang sementara semester baru ini amat seronok dihabiskan di kampung. tambahan pula, kakak-kakak turut serta pulang ke kampung...masa hujung minggu kami di habiskan bersama-sama...

buah durian pula berbuah 3 kali pada tahun lepas, sekarang buah durian baru sahaja gugur...bak kata pepatah durian runtuh...hehe..

ape lagi..maghi la kito pakat kelik kampong make durian....hehe



No comments:

Post a Comment

nothing can fly without airfoil...

but i try my best to do it




luahan.....dengarla muzik berbicara










Music