Sebenarnya, kita boleh meningkat atau mengurangkan risiko menjadi pelupa
dengan mengamalkan beberapa tips secara berterusan. Lebih bagus jika
kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita
tidak menjadi terlalu pelupa....
Antaranya ialah:
* Membaca Al-Quran
Sebagai seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka
surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan
perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
* Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur
lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan
hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan
juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu,
amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya
ingatan kita berfungsi.
* Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan
kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi
seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat
berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu,
kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran,
yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan
kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya
ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita
mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari
produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat
kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli
makanan tambahan.
* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke
otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan
senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
* Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda
sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan
ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau
dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius
dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada
Allah SWT.
* Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu
seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya.
Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat,
konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.
* Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru
misalnya Main Game Flight Simulator, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau
menghadiri ceramah dan motivasi.....
No comments:
Post a Comment