from
- Suzana Ghazali
- *Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie *Kolumnis tetap Resipi Hidup Mingguan Wanita, Dilema Perkahwinan Pa&Ma dan Cermin Diri Kosmo! *Aktif memberikan ceramah dan kursus berkaitan *Panel jemputan di RTM, Media Prima dan Astro *Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998
Batasan berkawan bagi seorang isteri
Ya, batasan yang saya maksudkan ialah apabila anda berkawan dengan seorang lelaki. Kalau dengan perempuan, masih ada batasannya tetapi tidaklah seperti batasan yang perlu ada apabila anda berkawan atau bersahabat dengan seorang lelaki. Mungkin selama ini ramai lelaki yang mengkategorikan saya sebagai pejuang fenimisme kerana merasakan artikel-artikel saya lebih menyokong wanita. Saya tak marah malah berbangga kerana kalau bukan saya sebagai wanita yang memperjuangkan hak-hak dan isu-isu kewanitaan, siapa lagi? Kali ini, walau saya yakin ada di kalangan kaum wanita yang kurang suka dengan penampilan isu di dalam perbincangan kali ini namun saya tetap akan membincangkan sebagai satu isu dan hak yang setiap wanita terutamanya kaum isteri ketahui dan ambil peduli. Bagi saya, perkara yang benar perlu ditegakkan walaupun pahit untuk ditelan kerana hanya yang pahit mampu menjadi ubat yang mujarab.
Kembali kepada tajuk perbincangan. Kenapa isu ini saya timbulkan? Kerana terlalu banyak aduan yang saya terima daripada para suami yang berasa tidak sedap hati melihat cara dan corak isteri masing-masing berkawan dan bersahabat. Malahan, ada isteri yang mempersoalkan hak asasi mereka apabila persahabatan mereka dengan lelaki lain dipersoalkan oleh suami masing-masing? Seperti yang saya tegaskan di awal tadi, ada perbezaan yang jelas dan ketara apabila seorang gadis atau wanita sah menjadi isteri kepada seorang lelaki. Jika tahap ketaatan boleh berubah daripada seorang ibu dan bapa kepada seorang suami, ini kan pula tahap dan batas pergaulan sehari-hari.
Bukan bererti seorang isteri tidak boleh berkawan dengan mana-mana lelaki tetapi cara dan corak anda berkawan dan bergaul, itu yang diambil kira. Jika sebelum ini anda bebas menerima atau membuat panggilan, menghantar atau menerima sms ataupun berbual bersemuka atau berjumpa, semua itu mempunyai batasan yang tersendiri setelah anda sah menjadi milik sepenuhnya kepada seorang lelaki bernama suami. Anda masih boleh berkawan dengan syarat sebagai seorang kawan yang biasa-biasa sahaja. Anda tidak boleh berkongsi rahsia apatah lagi berkongsi rasa dengan kawan-kawan lelaki anda walau sekadar rasa simpati. Bukan bermaksud anda tidak boleh dipercayai tetapi satu perkara yang jelas ialah ’wanita adalah fitnah’. Kata-kata ini bermaksud apa sahaja perlakuan kita sebagai wanita mampu menimbulkan buruk sangka yang kesannya adalah perkara yang tidak diingini. Jika tidak, tidak timbullah pendapat ulama yang mengharamkan kaum wanita yang mempunyai suami yang mampu membiayai perbelanjaan rumahtangga sepenuhnya, keluar bekerja.
Pendapat ini timbul adalah sebagai satu tindakan bagi menyekat pergaulan seorang wanita terutamanya seorang isteri. Bukan bererti menyekat kebebasan seorang wanita tetapi membantu wanita menjadi seorang wanita dan isteri yang solehah, yang diredhai suami dan Ilahi. Di dalam kebanyakan kes melibatkan hubungan kawan yang melampau antara seorang lelaki dan wanita hatta isteri orang ini, mengundang masalah yang berat termasuklah menjejaskan hubungan suami isteri. Ada juga isteri yang membandingkan suaminya dengan kenalan barunya hingga sanggup menduakan suami, nauzubillah. Memang tidak dapat dinafikan, tidak semua isteri yang mempunyai kawan lelaki gagal memainkan peranan sebagai seorang kawan seperti yang ditetapkan oleh syarak. Inilah yang termasuk di dalam kategori wanita yang mengetahui batasan untuk berkawan dengan seorang lelaki.
Perkara yang peling penting ialah setiap daripada lelaki yang menjadi kawan, sahabat atau kenalan anda perlu diketahui oleh suami anda. Bermaksud, seorang isteri diharamkan berkawan dengan mana-mana lelaki yang tidak disukai atau dilarang oleh suaminya. Kecualilah rakan sekerja di pejabat kerana mereka adalah orang yang memang akan berurusan sepanjang masa dengan anda termasuklah klien atau pelanggan syarikat tempat anda bekerja. Terkecuali juga di dalam kes-kes suami yang bertindak cemburu buta. Walaupun mereka tidak perlu dikenali oleh suami anda, anda tetap mempunyai tahap pergaulan yang tersendiri. Anda tidak boleh sewenangnya keluar makan berdua-duaan sahaja ataupun keluar ke mana-mana atas urusan persendirian dan bukannya urusan kerja. Jika anda bertindak di luar batasan tersebut, anda boleh dikategorikan sebagai isteri yang curang walaupun anda tidak melakukan apa-apa perkara yang melanggar batasan syariat.
Kenapa? Seperti yang sentiasa saya tegaskan, seorang isteri adalah hak mutlak seorang suami. Suami mempunyai hak mutlak ke atas anda kerana suami adalah insan yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kebajikan anda, makan minum anda, tempat tinggal, pakaian, perubatan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan kehidupan anda termasuklah segala dosa yang anda lakukan, suami akan turut sama mendapat habuannya. Lantas, jagalah maruah anda sebagai isteri.
*****Siaran Julai 2007
Assalam, memang b2l kta kamo 2.... isteri wajib menjaga maruah diri, suami, keluarga dan agamanya... hehehehe... itulah yng terbaekkkk untuk menjadi isteri soleha....
ReplyDeleteKerja bukan tiket untuk bergaul bebas. Bila semua dilanggar berlakulah pelbagai skandal isteri orang suami orang. Atikel ini amt berguna sebagai peringatan kepada yang mengambil mudah soal hubungan lelaki wanita. Ia ibarat minyak dengan api . apabila didekatkan ia menyala. lagi pun syaitan tak pernah cuti untuk menyesatkan anak adam. wallahuallam.
ReplyDelete