saya ini apa sebenarnya yea????saya ini akan menemani anda di mana jua anda berada...saya ini yang akan menemani diriku bila mana ku pergi meninggalkan dunia ini...bacalah ayat-ayat ALLAH kerana...Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkan aku di dalamnya.tapi, ada sesuatu yang akan sentiasa bersama kita sekiranya kita sentiasa bersamanya...selamanya..yang akan membawa kita ke syurga...siapa yea???nak tahu???Ayat-ayat suci Al-Quran, alunan zikrullah, tasbih dan tahmid..amalan kita..
Cintailah Allah kerana Dia-lah kekasih yang tidak akan meninggalkan, mengecewakan atau membiarkan kita sendirian. Renungilah kata Imam Ghazali r.h.m ini:
"Pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa tiap- tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat.
Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.
Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan kekasihnya terbaring seorang diri.Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya di dalamnya.
Yang demikian tidak kudapati selain daripada amalan yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri."
waallahua'lam
No comments:
Post a Comment