bile la dpt kumpul n jupe sume....
geng2 zaman skolah dulu..gengster...ade taiko cina and india..hehe....
kawan vs sahabat…pe makna sebenar???
untuk sahabatku yang pernah bertanyakan soalan ini….ku tidak bermaksud melukai dirimu….kau terlalu istimewa bagiku....
dalam kamus dewan…
sahabat:1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi;~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja;bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, berkawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita;bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik berseteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh;bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain;mempersahabatkan memperkenalkan supaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan);persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali.
sahabat:orang yg dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dgnnya; kawan; teman: Drpd banyak seteru, lebih baik banyak sahabat
sahabat:karib kawan yg rapat sekali
sahabat:handai semua kawan
sahabat:Nabi orang yg rapat dgn Nabi; pembantu Nabi yg setia.
sahabat:bersahabat berkenalan serta berbaik-baik; berkawan: Jangan ~ dgn orang jahat.persahabatan hal atau perbuatan bersahabat; perhubungan sbg sahabat
Kawan:1. kumpulan binatang (spt kambing, lembu dll); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan. 2. sahabat; teman; rakan; pengikut: Ali dan ~-~ nya berkelah di tepi pantai. 3. sesuatu yg dimakan dgn sesuatu sbg pelengkap; jodoh: ~ sirih apa-apa yg dimakan dgn sirih (spt pinang, gambir dll). 4. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu: ~ sekerja orang yg sama-sama bekerja dlm satu pejabat. berkawan 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai -ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2. bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn binatang). menemani: Gadis itulah yg ~nya apabila suaminya keluar bekerja pd waktu malam. kawanan sekumpulan binatang; segerombolan penjahat dsb: ~ penyamun.
Untuk persoalan pada tajuk di atas,iaitu beza antara kawan dan sahabat.Sahabat boleh dikatakan sebagai insan yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kita tetapi setia dan sanggup bekorban demi ikatan persahabatan yang suci.Berbeza pula dengan kawan,walaupun maksudnya lebih kurang sama.Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah mengapa kumpulan binatang yang disebutkan dahulu dalam maksud kawan,baru lah di ikuti dengan sahabat,teman,rakan dan sebagainya?
Inilah yang terjadi dalam hidup kita seharian.Ya,cukup mudah untuk mencari kawan sekarang.Terdapat pelbagai laman web social networking seperti Friendster,Myspace,Facebook,Tagged dan bermacam-macam lagi.Dengan hanya beberapa klik,kita dapat menambah kawan.
Tetapi adakah mencari sahabat semudah itu?
Sahabat umpama permata yang sangat bernilai yang terlalu sukar untuk dimiliki dan tidak mungkin sanggup kita gadaikan.
adakah kita mempunyai sahabat?
Mungkin masih ramai antara kita yang hanya mempunyai kawan tetapi masih belum mencapai taraf sebagai sahabat.Kawan biasanya hanya hadir dikala senang tetapi hilang dikala susah.
terima kasih pada semua sahabatku…alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment