"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"....al-baqarah, ayat 216
oleh itu, kita mestilah berusaha terlebih dahulu dengan penuh ketekunan, namun, jika kekecewaan juga yang kita dapat..jangalah kita berputus asa, sebaliknya, muhasabah diri.. bersyukurlah dengan ujian daripadanya. selepas itu, mulakanlah langkah baru untuk membina masa depan yang lebih cemerlang. jangan sesekali diratapi kesedihan itu, sebaliknya terima segalanya sebagai ujian daripadaNya.
putus cinta?
cita-cita tidak kesampaian?
dikhinati?
kekalahan?
penghinaan di khalayak ramai?
gagal dalam peperiksaan?
muflis?
dianiaya?
impian tidak kesampaian?
dimaki?
dicaci?
arggghhh.....!!!!
putus asa adalah musuh utama bagi seorang hamba Allah. oleh yang demikian, janganlah sesekali menganggap bahawa kesedihan itu sebagai penamat sebuah kehidupan...banyak lagi laluan yang belum kita lalui..anggap sahajalah apa yang telah terjadi ini sebagai suratan daripada Allah s.w.t. yakinlah serta percaya pada Qada' dan Qadar yang merupakan rukun iman yang ke-enam..
Dia tidak mempunyai anak.
Dan tidak ada sekutu dalam kekuasaanNya.
Dan Dia (Allah) Yang menciptakan segala sesuatu, lalu Dia menetapkan
atasnya qadar (ketetapan)
dengan sesempurna-sempurnanya".
surah Al-Furqan, ayat 2.
"sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.
Yang menciptakan semua mahkluk dan
menyempurnakannya.yang memberi
takdir kemudian mengarahkannya".
surah Al-a'la, ayat 1-3
alhamdulillah. bersyukur dengan segala kurniaanNya..kurniaan daripada Allah s.w.t adalah rezeki yang tidak terhitung banyaknya.
sentiasalah kita menghargai nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana pada bila-bila masa sahaja nikmat ini Allah boleh
tarik kembali..
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan
mengcukupkan keperluannya. Allah melaksanakan urusannya,
sesungguhnya Allah
mengadakan ketentuan ukuran bagi setiap sesuatu".
surah At-talaq, ayat 3.
waallahua'lam.