renungan mataku...

2011



Monday, May 11, 2009

sepasang tayarku hilang lagi....

seperti biasa diri ini akan pergi menunaikan solat jumaat di masjid...


“Wahai orang-orang yang beriman jika dilaungkan azan memanggil kamu untuk bersolat Jumaat, maka bersegeralah untuk menunaikannya dan tinggalkan jual-beli”.
Surah al-Jum’ah, ayat 9.


seruan Allah ini mengingatkan tentang kewajipan solat jumaat....

tapi...sudah banyak kali ujian ini menimpa diri ini..iaitu...kehilangan sepasang tayar....

sudah keliling masjid...mencari di mana hilangnya tayar(selipar jepun je sebenarnye)..hehe

sebelumni..pernah sandal yang berharga separuh nilai wang kertas berwarna unggu hilang...tp, ku redha sahajalah..
mungkin ujian daripadaNya...mungkin diri ini pernah merasa riya' ketika memakai selipar itu...hehe

keliling ruang kaki lima masjid kucari..namun...tiada langsung tanda-tanda kewujudan selipar...masjid di kampungku tidak pernah ku hilang selipar..pelik sungguh di negeri mutiara ini...

ada ajk masjid yang kukenali..menawarkan supaya membawa pulang sahaja selipar tandas...tapi..ku tak mahu menggunakan harta masjid....

tuhan sahaja yang tahu...diri ini terpaksa pulang berkaki ayam di tengah panas...ditambah lagi dengan bahang jalan tar yang mencapai suhu melebihi takat didih...

wah!!! memang mencabar...begitulah ujian daripadaNya....

seharusnya kita perlu memuhasabah diri...bertanyakan mengapa Allah memberi ujian sebegini....mungkin kerana diri ini tidak tahu mensyukuri nikmat selipar jepun, sandal, dan lain-lain yang dukurniakaNya...mungkin juga diri ini berbangga ketika memakai selipar jepun..hehe

Monday, May 4, 2009



كادڠ-كادڠ هاتي اين مرينتيه

كناڤ نصيبكو بڬيني

اڤاكه سيلڤ دان دوساكو

سمڤأي كو مران سبڬيني

نامون كو مموجوق هاتي اين

سوڤاي برسڠك باءيق دڠن الله

كران سڬالا دوڬان كهيدوڤن اين

اكن منجاديكن كيت لاڬي تاب

thermodynamics

thermodynamics is words from Greek ..

thermo refer to therme - heat
termo - panas atau haba

dynamic - power
dinamik - kuasa atau sangat bertenaga

sumber: termodinamik kejuruteraan, universiti teknologi malaysia






sebenarnya....setiap hari kita mengaplikasikan termodinamik bermula daripada kita celik mata sampai la bukak mata balik....termodinamik bermaksud kajian tentang haba yang ada hubungannya dengan benda-benda yang bergerak. kebanyakan kajian dalam termodinamik melibatkan mesin-mesin yang menghasilkan atau menggunakan kerja, seperti enjin, turbin dan pemampat.



Saturday, May 2, 2009

kasih nan abadi


tidak kira apa sekali yang terjadi dalam hidup ini..mereka akan sentiasa bersama dengan kita di kala susah dan senang..

ketawa menangis bersama...sungguh, mereka amat berharga buat diri ini....hanya ada satu sahaj ayah kandung dan ibu kandung di dunia ini....tiada yang kedua apetah lagi yang seterusnya...

kasih mereka tiada tandingan....

owh..alangkah manisnya jika dapat bersama dengan mereka sekarang......berpuluh ribu kilogram gula sekalipun tidak mampu menandingi manisnya saat bersama mereka....





"Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". ayat 83, surah Al-Baqarah





"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
surah Al-Ahqaf ayat 15







"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
surah Al-Isra' ayat 23



















Monday, April 27, 2009

takdir daripada Ya Rahim

tidak dapat dinafikan..dalam hidup kita, banyak perkara yang tidak dapat disangka-sangka...hadirnya tidak dipinta, perginya tidak direlakan...kita haruslah redha dan menerima takdir yang telah ditentukan oleh Illahi. Memang sukar untuk diduga jika itu adalah ketetapan Allah.


"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"....al-baqarah, ayat 216






oleh itu, kita mestilah berusaha terlebih dahulu dengan penuh ketekunan, namun, jika kekecewaan juga yang kita dapat..jangalah kita berputus asa, sebaliknya, muhasabah diri.. bersyukurlah dengan ujian daripadanya. selepas itu, mulakanlah langkah baru untuk membina masa depan yang lebih cemerlang. jangan sesekali diratapi kesedihan itu, sebaliknya terima segalanya sebagai ujian daripadaNya.


putus cinta?

cita-cita tidak kesampaian?

dikhinati?

kekalahan?

penghinaan di khalayak ramai?

gagal dalam peperiksaan?

muflis?

dianiaya?

impian tidak kesampaian?

dimaki?

dicaci?


arggghhh.....!!!!



putus asa adalah musuh utama bagi seorang hamba Allah. oleh yang demikian, janganlah sesekali menganggap bahawa kesedihan itu sebagai penamat sebuah kehidupan...banyak lagi laluan yang belum kita lalui..anggap sahajalah apa yang telah terjadi ini sebagai suratan daripada Allah s.w.t. yakinlah serta percaya pada Qada' dan Qadar yang merupakan rukun iman yang ke-enam..


"Dialah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi.
Dia tidak mempunyai anak.
Dan tidak ada sekutu dalam kekuasaanNya.

Dan Dia (Allah) Yang menciptakan segala sesuatu, lalu Dia menetapkan
atasnya qadar (ketetapan)
dengan sesempurna-sempurnanya".
surah Al-Furqan, ayat 2.



"sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.
Yang menciptakan semua mahkluk dan
menyempurnakannya.yang memberi
takdir kemudian mengarahkannya".
surah Al-a'la, ayat 1-3






alhamdulillah. bersyukur dengan segala kurniaanNya..kurniaan daripada Allah s.w.t adalah rezeki yang tidak terhitung banyaknya.
sentiasalah kita menghargai nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana pada bila-bila masa sahaja nikmat ini Allah boleh
tarik kembali..




" Dan dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak ia sangkakan.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan
mengcukupkan keperluannya. Allah melaksanakan urusannya,
sesungguhnya Allah
mengadakan ketentuan ukuran bagi setiap sesuatu".
surah At-talaq, ayat 3.


waallahua'lam.



Sunday, April 26, 2009

bila diri disayangi...


wah..besnye...bila ada insan yang sayang sangat kepada kita..memang buat kita semangat lebih untuk melakukan bermacam-macam kerja....insan ini diibaratkan satu power yang sangat luar biasa hingga bila kita bangun tidur dan mulakan hidup kita dengan amat bersemangat sekali..apetah lagi..jika pagi-pagi agi mereka yang kejutkan kita....memang sukar untuk diungkapkan...dikala kita kesusahan..mereka bersama-sama kita..


rasa mahu saja tiap-tiap detik bersama orang-orang yang menyayangi kita, yang banyak memberi dorongan , sokongan, membuat kita tersenyum..bak kata lain..orang-orang yang menjadi inspirasi hati la..ketawa dan menangis bersama kita.
Terasa ada satu kekuatan bila bersama mereka..terlalu banyak pengorbanan yang mereka lakukan untuk sentiasa memastikan kita mendapat yang terbaik..dan ianya mengembirakan kita..


mereka sanggup mendengar rintihan dan luahan hati kita. mereka sanggup menghabiskan masa mereka walaupun mereka sibuk. mereka melupakan segala kerja mereka untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada kita. mendengar kita menceritakan kisah lara kita hingga kerja-kerja mereka tertunggak. mereka menjadi pendengar yang amat setia sekali...dan kita pula memuntahkan segala kekusutan, kekecewaan dan segala yang terperap di minda...mereka masih lagi mendengar, dan terus mendengar..mereka memberi nasihat kepada kita, tunjuk ajar, dorongan dan bantuan dari segala aspek untuk memastikan hari-hari kita kekal gembira dan ceria.. mereka banyak memberi segala-galanya untuk membahagiakan kita..untuk melihat kita sihat dan mampu tersenyum...biarpun mereka terpaksa menderita...sedarkah kita?? namun begitu, apa pula yang kita berikan untuk menghargai segala pengorbanan mereka yg tidak terkira ini?



tepuk dada tanya iman..... tidak dapat dinafikan, kita selalu melukakan hati mereka tanpa kita sedari.. kita menganggap mereka sebagai insan yang asing dalam hidup kita. tanpa di sedari, kita menyisihkan mereka..kenapa jadi begini? jiwa muda yang beremosi ini...tidak sanggup selalu di kongkong dan di manja berlebih-lebihan seperti anak kecil berumur sekolah rendah.. tahukah kita, betapa mereka bimbang akan kita..mereka amat kasihkan kita, menyayangi kita setulus hati. namun alangkah sedihnya..jika madu yang mereka selalu berikan, namun racun berbisa yang kita balas...wajarkah??



jangan biarkan masalah membelengu hidup kita, tetapi menjadikan suatu masalah sebagaai peluanag untuk membaiki diri. kata-kata ini cukup indah kan? cubalah kita fahami isi tersirat insan-insan yang sentiada menjadi tulang belakang kita. sama-samalah kita muhasabah diri..kita pun tersedar, sungguh bertuah diri ini, dipertemukan dan dikurniakan insan2 seperti ini..tak mungkin dapat ku lupakan .Ya Allah, ku mensyukuri apa kau berikan ini..alhamdulillah.
tidak akan mungkin tanpa keizinan dan percaturan Maha Hebatmu ini ku merasai semua ini...



ingat lah..satu hari nant mereka pasti akan pergi meninggalkan kita..sama ada untuk selama-lamanya atau mereka menjadikan kita sebagai orang yang kedua, ketiga disayangi... janganlah kita bersedih atas kehilangan ini..jangan lah diratapi pemergian mereka.. bertemu kerana Allah, berpisah jua keranaNya...semasa mereka sentiasa bersama kita, diri kita tidak pandai menghargai mereka, bila mereka pergi barulah terasa kehilangan mereka. mana mungkin dapat dicari kembali...kita mesti faham bila saat dia membina mahligai kebahagian kehidupannya, saat itu, kita harus redha dan merelakan pemergiannya...



Kita harus menerima, mereka juga berhak ada kehidupan sendiri, bukan meninggalkan kita selama-lamanya..Cuma perlu berkongsi kasih sayang tu..aduhai, sedihnya..
Tapi, kalau kita ikhlas menyayangi mereka...kita kena mendoakan kebahagiaan mereka....di dunia mahupun di akhirat..
Mungkin itu yang terbaik buat keduanya..Percayalah Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita, dan pasti tentukan yang terbaik untuk hamba2Nya..



" tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akanmemberi petunjuk kepada hatinya ", at-taghabun, ayat 11...



terima lah ujian ini sebagai satu kifarah penghapus dosa...dan, teruskan lah hidup kita dengan warna-warni pelangi kebahagian....di kala sinar mentari pagi menyinari, bururng-burung bertebangan, ketahuilah bahawa...perjalanan hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja...akhirat kampung yang abadi...namun kita mestilah mencari cahaya kebahagiaan seperti hidup didunia ini untuk selama-lamanya..


insan terdekat adalah mak & ayah...kakak..abang..adik-adik..sahabat handai..dan yang sewaktu dengannya.

mereka sentiasa bersama dengan kita tidak kira kita dalam situasi macam mana sekalipun..memang kadang-kadang rase macam dikongkong pulak...hehe...

terima kasih yaAllah, terima kasih mak, terima kasih ayah, terima kasih kakak, terima kasih abang, terima kasih adik, terima kasih sahabat, terima kasih saudara mara seislamku....

yaAllah kau berikanlah kesempatan kepada ku dengan limpahan rezeki sehingga ku mampu membawa insan-insan yang ku sayang bersama-sama pergi menunaikan umrah dan haji...ku tahu yaAllah, ku tidak mampu untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka..tapi kau berikanlah peluang untuk ini..amiin.











Friday, April 24, 2009

perlukah.....

Menitis airmata ku
Hilangnya sahabat sejati
diam-diam yang dikau ku merindu
Persahabatan abadi

**Setiap detik teringatkan dikau
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni

*Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engkau melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu

*Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engkau melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu

**Setiap detik teringatkan dikau
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni

*Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engkau melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu

*Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engkau melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu






sungguh menyedihkan bile dengar dan hayati lirik lagu ini..
namun..kehidupan mesti diteruskan walaupunkite kehilangan sesuatu yang berharga..mungkin itu adalah ujian daripada Allah untuk kita...

Wednesday, April 22, 2009

pergi

“Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.”

brothers

puas ku rayu,

puas ku seru,

jawapanmu tetap yang dulu,

oh! sukarnya mengajakmu!

namun ku tidak pernah putus asa,

kasihku padamu cukup padu,

lantaran itu,

aku akan terus menyerumu,

hanya pada Yang Maha Esa…

akan ku genggam kata-kata azimat ini,

” kita hanyalah penyeru, bukan pemaksa atau penghukum”

ya Allah….ku amat berharap bantuanMu sentiasa bersama diri ini,

terus-terusan hingga ke akhir hayat ini….

dahulu, itu tugas RasulMu,

kini ku rasa terpanggil untuk bersamamu…

kuteruskan semampuku,

hingga ke liang lahad

Tuesday, April 21, 2009

suatu masa dahulu

bila sudah berlalu....

kenangan

burukkan....touch up sendiri ni....huhu






jika mampu ku ukir pada segunung permata

ku pasti akan tinta semuanya

namun ku pasti ku tidak terdaya

ku harus relakan sebuah perhentian ini

walaupun perjuangan ini tiada titik nokhtahnya

segala kesilapan selama ini

ingin ku lakar pada debu

nanti apabila angin datang

ia akan dimaafkan umpama hilang bila terbang bebas

TAPI

ku tak pasti

rencana Illahi

apakah daku bisa memegang amanah dengan

penuh kredibiliti laksana seorang

panglima di medan perang

mampu mengawal semua pahlawan

hingga musuh semua tewas

hanya dengan satu langkah

nothing can fly without airfoil...

but i try my best to do it




luahan.....dengarla muzik berbicara










Music