renungan mataku...

2011



Sunday, November 13, 2011

amalkan...


cara amalkannya adalah seperti berikut :

untuk memagar diri, keluarga dan harta benda. Berdiri di satu penjuru rumah ( katakan di hadapan rumah sebelah kanan ) sambil enghadap penjuru rumah satu lagi iaitu di kiri rumah.

Baca surah Al- Fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1-9, sambil baca sambil berjalan ke penjuru rumah satu lagi ( ikut arah tawaf Kaabah ) .

Baca kombinasi ini disetiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Julahnya 4 kali. Akhir sekali iaitu bacaan kelima, membaca sambil mengisyaratkan mendiding keseluruh bumbung rumah.

ayat Kursi


Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat

Saturday, November 12, 2011

11/11/11

comel la tarikh ni....

mesti ramai yang pilih jadi hari istimewa...

tidak kurang pula yang menjadikan tarikh ini sebagai suatu memori indah yang tidak dapat dilupakan...

namun begitu...

ada juga yang terpaksa menjadikan tarikh ini sebagai kenangan pahit yang tidak dapat di lupakan...


walau apa pun yang berlaku....hidup mesti diteruskan....

perjalanan masih jauh..banyak cabaran dan dugaan...semua ini harus ditempuh dengan penuh yakin dan berjaya dalam semua aspek...

Sunday, November 6, 2011

raya haji

Sesiapa yg membahagiakan orang lain, dia sebenarnya sedang membahagiakan diri

sendiri.. Sesiapa yg menolong orang lain, dia sebenarnya menolong dirinya sendiri..:)





mohon di instal flashget di hatimu
agar bisa mendownload permintaan maafku
yang terhosting di hatiku paling dalam
berisi file mohon_maaf_lahir_batin. zip
di folder Selamat_hari_raya_idul_adha
pada alamat www minal-aidil-adha .com



Friday, November 4, 2011

doa nyanyuk

amalkan selalu yea...



"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nnabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan diapula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad)
: Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia ; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. "


(At-Taubah : 128 - 129 )

Wednesday, November 2, 2011

t a n g i s a n

Tangisan Al-quraan

Mereka mempersolekkan aku,namun mereka juga terus menyimpanku,

Ketika kesusahan mereka melaungkan ayat-ayatku,
Ketika kesenangan mereka melupakan ayat-ayatku,

... Di atas rak mereka menyimpanku,
Khazanah yang ku bawa tidak juga mereka sentuh,
Mereka meletakkan aku di bilik sebagai barang penghiasan dan menganggap mereka di kalangan beriman,
Perilaku mereka terhadapku sungguh biadab,
Begitu banyak yang boleh ku beri,
Tetapi tiada siapa sudi menerimanya

bila resah GELISAH

amalkan doa ini banyak-banyak tau...



Doa ketika resah gelisah:

Ketika merasa resah gelisah, ditimpa pelbagai masalah hingga stress, amalkanlah doa ini dengan penuh penghayatan, kerana hanya Dialah yang mampu memberi ketenangan kepada hati-hati manusia.

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghindari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah.


Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan.

Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

Tuesday, November 1, 2011

RAbU


Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (NW9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).


Pada hari Rabu, didapati paras
hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (NW9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata.


Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.


Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (NW9) seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

01 / 11 / 11




1.11.11



lawa kan tarikh hari ni??



mesti best kan mereka yang memilih hari ini sebagai hari bersejarah mereka...


nothing can fly without airfoil...

but i try my best to do it




luahan.....dengarla muzik berbicara










Music