renungan mataku...
2011
Saturday, August 27, 2011
3 hari lagi akan ditinggalkan awak
Wednesday, August 24, 2011
zinirah
ALLAH kembalikan mata yang buta berdarah dicucuk dengan kejam oleh orang2 umar
al-khatab di tengah2 padang pasir yang panas....
Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali.
Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya. Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.
ceritanya....
ZINIRAH adalah wanita Rom yang ditawan dan dibawa ke kota Mekah bagi dijual sebagai hamba. Ada beberapa wanita dan lelaki berdiri di samping Zinirah ketika dilelong kepada bangsawan Quraisy.
"Wanita Rom ini kuat dan boleh melakukan apa sahaja pekerjaan di rumah tuan. Lihat badannya yang tegap dan tinggi," penjual hamba cuba memancing pembeli dengan kata-kata positif mengenai diri Zinirah.
"Jual dia kepada saya. Ini wangnya!" tiba-tiba Umar al-Khattab bersuara, lalu menyerahkan sejumlah wang kepada penjual hamba.
"Ikut saya!" perintah Umar al-Khattab kepada Zinirah yang sudah dibukakan ikatan tangan dan kakinya.
"Baik tuan," balas Zinirah lalu mengekori Umar al-Khattab balik ke rumahnya.
Setiap hari, Zinirah melakukan pekerjaan di rumah tuannya dengan tekun dan rajin. Oleh kerana ajaran agama Islam menyatakan semua manusia itu setaraf, beberapa orang hamba memeluk agama Islam.
Zinirah menerima ajaran Islam dengan sepenuh hati. Beliau melakukan kewajipan sebagai seorang Islam ketika Umar al-Khattab berada di luar rumah dan ketika tuannya tidur pada waktu malam.
Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang yang benci kepada Islam sebelum dia memeluk agama Islam. Dia akan menghukum sesiapa sahaja yang memeluk Islam dengan harapan mereka meninggalkan agama Islam.
Zinirah tahu tuannya akan menghukumnya sekiranya rahsianya terbongkar. Walaupun Zinirah kelihatan lembut daripada segi penampilannya, tetapi jiwanya tabah. Beliau sanggup menghadapi apa sahaja hukuman yang diberikan oleh Umar al-Khattab sekiranya rahsianya terbongkar.
"Tahukah kamu bahawa Zinirah sudah memeluk Islam secara sembunyi?" kata salah seorang bangsawan Quraisy kepada Umar al-Khattab yang sedang berjalan pulang ke arah rumahnya.
"Apa?" Hamba saya sudah memeluk Islam? Saya akan pastikan dia mendapat hukuman yang setimpal sehingga dia kembali ke agama kita!" Umar al-Khattab marah mendengar kata-kata bangsawan Quraisy itu.
Umar al-Khattab berjalan pantas dengan hati yang marah. Dia menolak daun pintunya dengan kasar sehingga kedengaran bunyi kuat pintu itu apabila menghentam dinding rumahnya. Dia mencari Zinirah yang kelihatan sedang berdoa di dalam biliknya.
"Saya memang sudah syak kamu sudah memeluk Islam kerana ada perubahan dalam diri kamu sejak kebelakangan ini," Umar al-Khattab terus menengking Zinirah dengan suara yang kasar.
"Berani kamu memeluk agama Islam walaupun tahu hukuman berat menanti kamu!" Umar al-Khattab memukul badan Zinirah dengan dua belah tangannya sehingga Zinirah rebah menyembah tanah.
"Tinggalkan agama Islam jika kamu mahu hidup lagi!" Umar al-Khattab terus menyeksa Zinirah supaya meninggalkan agama Islam.
"Allah! Allah! Allah!" jawab Zinirah dalam kesakitan.
Api kemarahan Umar al-Khattab memuncak apabila mendengar jawapan Zinirah. Matanya merah. Dia mengambil tali cemeti dan meneruskan seksaan ke atas Zinirah.
Dia menyebat badan Zinirah berulang-kali tanpa perasaan belas kasihan sehingga pakaiannya dibasahi darah. Akhirnya, Umar al-Khattab menghentikan seksaannya apabila Zinirah jatuh pengsan.
Apabila Zinirah tersedar daripada pengsan, hukuman yang sama diulangi ke atasnya. Hati Umar al-Khattab tidak puasa selagi Zinirah tidak kembali ke agama nenek moyangnya. Walaupun pelbagai seksaan dikenakan ke atas Zinirah, hatinya semakin tabah menghadapinya kerana cintanya yang menalam pada agama Islam dan Allah.
"Ini sahaja cara bagi memaksa kamu meninggalkan agama Islam!" ugur Umar al-Khattab yang mula mengikat tangan Zinirah menariknya ke padang pasir pada suatu pagi.
"Kamu akan dijemur di sini sehingga kamu meninggalkan agama Islam!" sambung Umar al-Khattab yang mengikat badan Zinirah pada bongkah batu yang dibakar oleh panas matahari yang terik.
Keperitan dan bahang matahari yang membakar tubuh Zinirah tidak meruntuhkan imannya kepada Allah. Tubuhnya semakin lemah kerana menahan kesakitan tetapi hatinya masih yakin Allah sahaja yang dapat membantunya.
"Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak berhenti-henti menyebut nama Allah sebagai penawar segala keperitan yang sedang dialaminya.
"Kamu masih mahu berpegang pada agama Islam?" tanya Umar al-Khattab yang memegang dua batang besi panas di hadapan muka Zinirah.
Mendengar jawapan Zinirah, Umar terus mencucuk mata Zinirah dengan besi panas. "Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak menjawab soalan Umar al-Khattab.
Kini mata Zinirah sudah buta dan dunia sekitarnya menjadi gelap. Mulutnya masih kumat kamit mengungkap nama Allah walaupun kesakitan akibat cucukan besi panas itu masih terasa. Umar al-Khattab mengundang beberapa orang bangsawan Quraisy bagi melihat keadaan Zinirah yang masih mempertahankan agama Islam walaupun badanya sudah terkulai tidak bermaya dan buta matanya.
"Hanya Allah sahaja yang dapat membuat mata saya melihat kembali kerana Allah adalah pencipta semua makhluk." Zinirah cuba menyedarkan Umar al-Khattab dan bangsawan Quraisy tentang kuasa Allah.
Kata-kata Zinirah membuatkan api kemarahan Umar al-Khattab semakin meledak lalu disebat Zinirah bertubi-tubi. Berdesing bunyi cemeti memecah udara padang pasir. Mulut Zinirah hanya mengucapkan "Allah! Allah! Allah" tanpa henti menahan kesakitan akibat sebatan tali cemeti yang singgah ke atas badannya.
"Kamu akan hidup sengsara kerana tidak dapat melihat lagi. Puas hati aku sekarang," kata Umar al-Khattab. Dia mengajak bangsawan Quraisy meninggalkan Zinirah yang terbaring tidak bermaya dengan pakaiannya dibasahi darah.
Kisah seksaan Zinirah akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq dan beliau bergegas ke tempat Zinirah diseksa untuk membelinya dari Umar al-Khattab.
Dia menyerahkan sejumlah wang bagi menebus dan menyelamatkan Zinirah daripada tangan Umar al-Khattab. Maka terlepaslah Zinirah daripada seksaan musuh Islam dan dia hidup gembira bersama tuan barunya yang beragama Islam. Zinirah yang teguh dan yakin dengan keimanan kepada Allah dapat melihat kembali dengan izin Allah tidak lama selepas kejadian itu.
Tuesday, August 23, 2011
doa pilihan ramadhan
Perbanyakkan before berbuka ni ya, antara waktu mustajab ni.:)"Robbanaghfirlana zunuubana wa kaffir 'anna sayyiatine wa tawaffana ma'al abrar."Wahai Tuhan kami,ampunkanlah semua dosa2 kami, hapuskanlah segala keburukan kami dan matiknlh kami bsama2 org yg baik.Ameen
Allahumma nawwir quluubana binuuri hidayatik,kama nawwartal ardho binuuri syamsik,abadan abadaa birohmatika ya arhamar rohimiin.
Ya Allah terangilah hati2 kami dgn cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau terangi dunia ini dgn cahaya matahariMu selama2nya dgn rahmatMu wahai Tuhan yg Maha Penyayang..
Wake up call to everybody! bangun2..Dari 'Aisyah r.a.: Saya pernah bertanya: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya sy mgetahui akn malam Lailatulqadr itu dgn tepat, apa saya akan doakn saat itu?" "Baginda mjwb:"Bdoalah:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى
(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)
Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."
Robbana hablana min azwaajina wa dzurriyyatina qurrata a'yunin waj'alna lil muttaqiina imamaa."Wahai Tuhan kami,kurniakanlah kpd kami pasangan dan zuriat yang sejuk mata memandang(kerana akhlak dan iman) jadikanlah kami pemimpin di kalngan org2 yang bertaqwa.. Ameen
credit to heliza helmi....
skali pena tlepas dr gnggman,ucpn 'oppss' mndahului YA ALLAH,bla prut knyng, 'haa...knyangn ya'mgatasi ALHAMDULILLAH,bila terpegun dgn kindahan alam,SUBHANALLAH dtutup olh 'cntiknya',bila dkunjungi brita malang, 'kasihannya' terucap krn kita lupa pada INNALILLAHIWAIN NAILAIHIRAJIUUN,kdgkala kta lupa krn kita tbiasa.tp ingatlah agar bla Izrail mdkati kita,biarlh ucpan LAILAHAILLALLAH mjadi juara mgatasi sgala kata2 :)
segan sangat2....
Segan bila tangan lagi laju membuka laptop,
dari membuka kitab Allah, dan dari study.
Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.
Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall,
dari melangkah ke masjid.
Segan bila mulut asyik bercerita, dari berzikir mengingati Allah.
Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu,
yang menyeronokkan jiwa,
berbanding mendengar ayat-ayat Allah.
Terasa segan,
bila ditimpa masalah atau musibah,
terus mencari manusia untuk mengadu,
bukannya DIA.
Segannya bila ada ujian, mulut laju merungut,
bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.
Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia
Dari mencari Ilahi,
Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu.
Segan dengan Dia yang Maha Melihat,
Segan dengan Dia yang Maha Mengerti,
Segan dengan Dia yang Maha Memahami.
Segan dengan Dia yang Maha Pengampun!
Monday, August 22, 2011
hujan turun dengan lebat
best sangat2 dapat men ujan tadi...hujan lebat masa tarawikh tadi...pergi jalan kaki...memang redah je la ujan lebat masa balik...lagipun lama da tak men ujan...hehe...last men ujan sampai masuk wad sebab hilang ingatan...haha...
best sangat2 tarawikh masa hujan...lagi tenang jiwa ni rasa...
deruan air hujan umpama air terjun yang mengalir...menenangkan lagi jiwa dengan alunan ayat2 suci Quran yang indah...
subhanallah....
malam ni masuk malam yang ke-23...
aduhai...tinggal lagi 7 hari sahaja sebelum ramadhan berakhir...
sedihnya....
bulan ni la yang paling best...
nak tau tak kenapa...
banyak sangt benda-benda indah berlaku dalam bulan ini...
antaranya kitab suci diturunkan...
bagi kita pulak..orang islam semua akan berdisiplin..lagi2 baba masa...semua punctual...on time gitu...
waktu sahur and berbuka especially...
semua on time kan..tak lewat seminute pun...
sepatutnya istilah orang melayu tak menepati masa tak wujud....sebabnye...tengok lah sebulan puasa ni...semua on time...
waktu solat pun sama...waktu tarawikh..semua on time gi solat isyak...
lau kita ambil iktibar dari ramadhan ini...memang semua on time la ea...
kita akan jadi yang paling maju kalau on time semua benda...tak de tangguh2...terlewat lagi da...
orang kaya....bakar duit
jumlah tahunan : RM 3650
tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250
maka.. orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar..hehehe jgn marah yea para smokers..peace yo:)
Sunday, August 21, 2011
Aussy......FARINA town
tinggal lagi 9 hari ramadhan...
kita diibaratkan seperti tanah yang kering kontang ini di siang hari kerna haus tanpa air dan tandus tanpa makanan...
namun...bila malam menjelma..indahnya bintang2 berkelipan di tambah lagi dengan desiran sejuk...ibarat seperti kita di waktu malam di bulan mulia ini...masih kesejukan dengan pelbagai amalan seperti tarawikh..tadarus Quran..zikir..Qiamullalail....
namun..sampai bila bertahan???
cerita balik bout FARYNA...
The people of Farina Township, North Dakota give the community character.
dahulu...kota ini subur melandai..sehinggakan ramai peladang yang datang bercucuk tanam gandum...
faryna dalam bahasa latin bermaksud tepung gandum....
namun..Allah tarik semua kesuburan itu...hujan yang saban hari turun bertukar menjadi panas yang panjang...
Farina bukan dekat. Bukan calang-calang punya tempat. Tengah gurun. Tengah Australia!"
tiada air...tiada pokok...tiada apa2...yang tinggal hanyalah ini....
pekan hantu!!!
kosong tak berpenghuni...
ibarat hati kita yang kosong jika tak diisi dengan amalan dan tidak cuba sedaya upaya meningkatkan amal
kelihatan tiga ekor kanggaroo besar melompat lari dan mengelak pokok-pokok saltbush dan spinefex yang berduri....
adoii..tajamnya..biasa orang umpamakan wanita ibarat bunga berduri...
di gurun yang gersang ini...masih ada pohon2 hijau yang mekar bersama bunga2nya...
subhanallah...inilah seperti kita di bulan puasa....walaupun bertahan tanpa air dan makanan...tapi masih mampu mekar aktif melakukan pelbagai kerja dengan baik...
kenapa???
untukmu.....
inilah keberkatan ramadhan....
reunion 6 mawar 2011
gambar clas year 6 2001
sebelum hari ini...kita kembali ke zaman era 2001....
hari ini
selepas berbuka puasa..
ketua pengarah...kutip hutang....
sesi jual beli tu
nyum2
next destination...
besday gurl!!! sweet 22 ms dhiya
sume 20 orang yg attend
setelah 10 tahun tak berjumpa..jejak kasih telah berjaya mengumpul hampir separuh daripada murid-murid sekolah rendah zaman dahulu kala...
semua da besar2...da jadi macam2...
selepas 10 tahun...ini lah kami...
ada yang duk jepun...ada yg duk canada...ada yg duk india...
australia... dan ramai masih bertahan di bumi tercinta Malaysia..
tempat kejadian..
date : 20th august 2011
tmpat : syam restaurant kb
kumpul : dpan sek kasa.
jam : 5.30 ptg.
gerak : 6pm
thanx to sume yg hadir...
Thursday, August 18, 2011
antara dua sujudku padaMu
Maksud Duduk Antara Dua Sujud Dalam Solat
apabila kita duduk antara dua sujuud semasa solat, kita sebenarnya sedang berdialog dgn Allah di mana ia merupakan doa yg sering kita minta tanpa kita sedari....
dan seandainya solat itu diterima Allah, maka doa itu akan dimakbulkan....
Rabbighfirlii - ( ampuni aku)
Warhamnii - ( sayangi aku)
Wajburnii - ( tutupi aib2 ku)
Warfa'nii - ( angkat darjatku)
Warzuqnii - ( beri aku rezeki)
Wahdinii - ( beri aku petunjuk)
Wa'afinii - ( sihatkan aku)
Wa'fuani - ( maafkan aku)
Wednesday, August 17, 2011
tuntutan....
Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
- Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
- Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
- Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
- Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
- Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
- Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
- Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
- Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
nuzul Quran
alhamdulillah....
sehingga saat ketika ini masih lagi di beri peluang oleh Allah swt untuk terus bernafas di dunia persinggahan ini...
MASHAALLAH.....
Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis)
hari ni di ceritakan bahawa Al-Quran..kitab yang paling agung di alam semesta ini di turunkan....
namun...masih tersangat-sangat ramai manusia yang beragama Islam....tidak membaca Al-Quran....
masih ramai yang tidak berusaha untuk mempelajarinya....
masih ramai di antara kita yang tidak mengendahlan Al-Quran...
kalau yang selalu membacanya...berapa ramai yang mengamalkan isi kandungan dalam Al-Quran...
padahal...di ceritakan pada zaman Rasulullah...Bilal bin Rabah tidak boleh menyebut huruf syin dengan betul...sebab tu tiap kali azan...ada di antara sahabat yang memberi komen pada Rasulullah untuk menggantikan tempat Bilal kerana sebutan makhrajnye yang tidak betul...namun...keikhlasan Bilal mengatasi segala suara2 yang lebih antap dan merdu...
pernah satu hari..Rasulullah memberi cuti kepada Bila supaya tidak perlu azan subuh besok kerana ada sahabat yang menggantikan tempatnya...sahabat itu bersuara merdu dan lunak..namun begitu..pada keesokannya..malaikat turun bertanya pada Rasulullah saw...mengapa tiada orang azan subuh tadi...aku tidak mendengar azan di atas sana...
Ya Allah....
Allah tak lihat paras rupa kita...suara kita....tapi...Allah lihat hati dan perasaan cinta kita padaNya....
pernah tak saudara-saudari lihat..orang buta yang pandai baca al-Quran???
tempat paling sennag nak jumpa...dekat pasar2 malam...
kita yang cukup sifat ni pun masih malas lagi!!!!
padahal hari ini...bukan macam dulu...nak dapat guru...senang sahaja....tak perlu jalan kaki jauh2...kereta ada....siap ada yang guru datng ke rumah lagi...
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi...
yang paling sedih...bila ramai yang hantar anak2 pergi tuisyen mahal2...tapi...sayang duit nak hantar anak2 mengaji Quran....
ramai mak ayah yang bimbang anak2 tak pandai baca buku..tak pandai sains...tak pandai math....tapi....mak ayah ni..tak bimbang pun anak2nya tak pandai ngaji...
Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
apabila terputus nyawa anak adam...maka terputus lah segala amalannya...melainkan sedekah jariahnya...ilmu yang bermanfaat serta doa daripada anak yang soleh....
Monday, August 15, 2011
14 hari berlalu
tup tap tup tap....
da msuk hari ke-15...da sampai pertengahan ramadhan la...sekejapnye....
apakah yang telah terjadi pada 14 hari yang lepas???
dah berapa juz abis baca al-Quran???
terawikh macam mana??
sedekah jariah???
tahajudnya????
berapa rakaat sempat?????
tepuk dada tanya iman....
renung2kan??this is my heart......or your heart???
dun worry....if anyone hit your heart like that...still remember...Allah always in our heart...
if you always remember Allah and Rasulullah...
lagi beberapa hari sahaja nak masuk fasa ke-3 ramadhan...
are you ready????
Ya Allah, seandainya Ramadhan ini adalah yg terakhir buatku maka jdkanlah ia Ramadhan yg paling indah dan bermakna buatku..amin
Saturday, August 6, 2011
air tangan
dah la tinggal solat...lepas tu...kutuk orang yang solat pulak...mashaAllah.....siap cakap...ko solat tunggang terbalik pun tak gune.....yaAllah....luruh jantung ni dengar orang cakap macam ni...
siap marah2 lagi orang solat....
cuba lihat...si kecil ni pun pandai solat...
Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S Begini kisahnya… pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), “kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram,tetap kena laksanakan nazar tu..lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi… Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat, sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb..anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..tak gamakkan?
tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia…gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan…
betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum.” maknanya,”Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu. ” jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak
Friday, August 5, 2011
sayyidul aiyam
hari ini adalah penghulu segala hari...
kalau boleh..biarlah hari ini lebih bermakna buat diri kita berbanding hari lain...
bangun subuh pun kena lah awal gak...sebabnya..nak rebut peluang hari ini..
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)
6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang!
1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
waallahua'lam
berkecil hati
tahukah anda bahawa orang yang berkecil hati itu dosanya berlipat kali ganda berbanding mereka yang telah membuat mereka berkecil hati....
pelikkan...padahal orang yang berkecil hati tu tak buat apa-apa pun...hanya mendengar penghinaan atau caci maki sahaja...
hal ini demikian kerana,
Allah nak uji kita. Tujuan Allah uji jugak sebenarnya nak ingatkan diri kita yang dah leka sangat dengan dunia. Bila kita berkecil hati, maknanya kita tak redha la dengan ujian Allah. Pendek kata, kita bukan berkecil hati dengan orang, tapi berkecil hati dengan Allah.
yang lebih parah....selepas di maki atau di cela..kita bercerita hal demikian pada kawan kita...kemudian kawan kita bercerita lagi...sampailah heboh satu kampung ke...satu kanpus ke...satu taman ke....
"Sekiranya kita membuatkan orang berkecil hati, kita akan berdosa. Jika kita juga berkecil hati, kita turut berdosa. Tetapi lebih besar dosa orang yang berkecil hati itu."
Manusia memang takkan pernah terlepas daripada penghinaan. Sedangkan Nabi sendiri dihina dicemuh oleh bangsanya sendiri dahulu, apatah lagi kita yang bergelar umatnya saja. So, jangan la terasa hati. Redha la dengan setiap perkara, jangan biarkan Allah yang tak redha dengan kita. Anggap saja la apa yang orang katakan mengenai kita tu sebagai satu nasihat.
renung2kan....
Thursday, August 4, 2011
sayyiddul istighfar
Dari Syaddad bin Aus radhiyallahu 'anhu di riwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
" Allahumma Anta Rabbi Laa ilaha illa Anta khalaqtani wa ana abduka wa ana 'ala 'ahdika wa wa'dika mastata'tu, a'udzu bika min syarri ma shana'tu, abu-u laka bi nikmatika alaiya, wa abu-u bi dzanbi, faghfirli fa innahu laa yaghfirudz dzunuba illa Anta "
Artinya :
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Engkaulah yang mencipta segalanya dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam perjanjian dengan-Mu dan ikrar kepada-Mu yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmat yang kau kurniakan ke atasku. Aku juga mengakui dosa-dosa terhadap-Mu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau, ya Allah.
Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu meninggal dunia pada hari itu sebelum malam hari, maka ia termasuk ahli Syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya di malam hari dengan penuh keyakinan pula lalu meninggal sebelum pagi hari, maka ia termasuk ahli syurga.
nothing can fly without airfoil...
but i try my best to do it