renungan mataku...

2011



Saturday, February 26, 2011

cinta ALLAH

cinta manusia sentiasa berahsia daripada pengetahuan keluarga sendiri kerana bimbang tidak direstui....takut ada hati orang lain yang terluka..jadi cinta rahsia2...berkasih secara senyap-senyap...

tak best langsung kan... kalau nak keluar pun kena pakai spec mata hitam takut jumpa orang yang kenal kita...

adoi....hati pun sentiasa resah taku-takut orang tahu dengan siapa kita keluar...

tak tenang..tak bahagia..tak gembira langsungkan???


Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?


sumber iluvislam.com


Friday, February 25, 2011

terbaik

aku bukan lah yang terbaik untukmu...

ku baru sedar diri ku ini siapa sebenarnya...


kau terlalu baik sehingga aku menangis bila masih teringatkan dirimu...


YA ALLAH...YA RAHMAN...YA RAHIM...ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami ya Allah...ampunkanlah dosa ampunkanlah dosa anak-anak kami YA ALLAH..ampunkan lah dosa saudara maraku ya Allah...

haMBAMU ini salah menilai mana satu yang baik..mane satu yang buruk..kami telah dibutakan oleh nafsu kami ya Allah....kami telah memilih jalan yang salah....maka, Engkau tunjukkanlah kepada kami jalan mana yang terbaik buat kami...Kau permudahkanlah segala urusan kami ya ALLAH....jangan lah Engkau biarkan nasib kami di tentukan oleh diri kami sendiri walaupun sekadar sekelip mata atau lebih singkat dari itu....


"Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari"

(Surah Al-A’raf, ayat 4)


ayat ni bagitahu waktu yang selalu Allah bagi peringatan dengan musibah atau bencana adalah pada waktu yang kita seringkali lalai padaNYA.. waktu nya adalah ketika pkul 3am yang mana kita sedang nyenyak tidur atau sedang seronok bersama orang yang tersayang...


"Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?"

(Surah Al-A’raf, ayat 97)



biasa juga peringatan Allah bagi pada pagi. waktu pagi pula sekitar waktu dhuha, waktu ni tengah sedap hati sampai lupa padaNya...waktu ni kita sedang sibuk dengan hal dunia.otak nga fresh..fikr nk KERJA je..........

"Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? "

(Surah Al-A’raf, ayat 98)

YA ALLAH...ayat ni wat diri ini betul-betul bersedih...sedih sesangat...sebab tu kami perlu hentikan semua draa cinta kami saat ini juga sebab kami memang cinta terlarang dan mencabar kekuasaan Allah....


kami salah menilai mana yang baik dan buruk...

"Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? "

(ayat 6, surah Al-An’am)


jom same2 berdoa....


YA ALLAH...YA RAHMAN...YA RAHIM...ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami ya Allah...ampunkanlah dosa ampunkanlah dosa anak-anak kami YA ALLAH..ampunkan lah dosa saudara maraku ya Allah...

haMBAMU ini salah menilai mana satu yang baik..mane satu yang buruk..kami telah dibutakan oleh nafsu kami ya Allah....kami telah memilih jalan yang salah....

maka, Engkau tunjukkanlah kepada kami jalan mana yang terbaik buat kami...kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah..Kau permudahkanlah segala urusan kami ya ALLAH....

jangan lah Engkau biarkan nasib kami di tentukan oleh diri kami sendiri walaupun sekadar sekelip mata atau lebih singkat dari itu....berikanlah kejayaan kepada kami di dunia dan akhirat...Kau bukakanlah pintu hati kami ya Allah untuk mengamalkan segala ajaranMu ya Allah...

jauhkan lah diri Kami daripada segala bahaya malapetaka, hasutan syaitan, iblis, jin dan manusia yang sesat ya Allah....sinarilah diri kami dengan sinar hidayahMu yang tidak pernah malap ya Allah....

kembalikanlah sinar Islam yang terbaik dahulu kala..

Thursday, February 24, 2011

Antioksida vs kanser


Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

Ia juga baik untuk tulang.

  • Bayam dan Nilai Perubatannya

  • Bayam sejenis sayuran yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink. Tumbuhan ini yang dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya, berdaun hijau yang lembut dan berbentuk bulat atau bujur. Seperti sayuran lain, bayam bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah yang ada kaitan dengan anemia. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengan segelas air kemudian diminum dua kali sehari


    nantikan sambungannya

    Wednesday, February 23, 2011

    rawatan tanpa pembedahan

    ARKIB : 09/03/2010

    Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan


    SAKIT belakang tidak semestinya memerlukan pembedahan sebagai kaedah penyelesaiannya. - gambar hiasan.


    Saya tidak mahu dibedah untuk pulihkan masalah sakit belakang saya. Saya takut jika pembedahan itu tidak berjaya dan saya lumpuh. Saya tidak yakin sanggup menanggung akibatnya," kata Siti Ismail, seorang wanita bertubuh kecil yang aktif bersukan mewakili tempat kerjanya, seperti badminton dan ping pong.


    Sakit belakang yang dialaminya sejak beliau mengangkat sebuah pasu bunga berat, kini merupakan kebimbangan utamanya.


    Selepas bertemu dengan beberapa pakar ortopedik, pakar neurologi serta pengamal perubatan alternatif, Siti yakin bahawa sakit belakang beliau boleh dirawat tanpa pembedahan. Dan beliau yakin keputusan beliau betul!


    Dr. Siow Yew Siong, seorang Pakar Bedah Ortopedik berpengalaman, mengesahkan bahawa pembedahan bukan satu-satunya kaedah pemulihan sakit belakang dan ia bukan dalam senarai keutamaan rawatan bagi mereka dengan masalah spina degeneratif.


    SAKIT BELAKANG


    "Kebanyakan mereka yang mengalami sakit belakang menyeksakan khususnya di bahagian bawah badan ialah yang berusia lebih 45 tahun. Ini disebabkan oleh tulang spina yang menebal dan juga ligamen. Sebenarnya, kaki yang berasa kebas merupakan sebahagian daripada simptom sakit belakang, khasnya di bahagian bawah," jelas Dr. Siow.


    Apabila ditanya berapa lama tempoh yang diambil oleh mereka yang mengalami sakit belakang untuk mengatasi kesengsaraan ini, tidak kira semasa berdiri atau duduk, Dr. Siow berkata:

    "Pertama, kami perlu bertanyakan kepada pesakit sejarah terperinci sakit belakang yang mereka alami. Kemudian, menguji kekuatan otot untuk memastikan refleks mereka. Satu ujian darah dilakukan untuk mengenal pasti punca sakit yang teruk ini.


    "Langkah berikut ialah ujian MRI ataupun Magnetic Resonance Imaging, yang akan mengenal pasti sama ada sakit itu disebabkan oleh masalah tulang degeneratif atau kecederaan," katanya ketika ditemui pada forum kesihatan umum bagi Sakit Belakang dan Kaki Kebas, baru-baru ini.


    Satu ujian saraf kemudian dijalankan untuk mengenal pasti saraf yang terbabit dalam sakit yang menyeksakan ini. Imbasan tulang hanya dilakukan untuk mendiagnosis bahagian tulang yang terbabit dan juga untuk memantau apa-apa jangkitan selepas kecederaan berlaku.


    "Saya cadangkan pencegahan sebagai cara terbaik dalam mengelak sakit belakang yang menyeksakan ini. Lakukan senamanan Neural Flossing. Ia hanya mengambil masa 30 minit; 10 minit apabila anda bangun pagi, sebelum turun dari katil untuk ke tandas dan 20 minit sebelum anda masuk tidur.


    "Pesakit saya sentiasa memberi alasan yang mereka kesuntukan masa. Pastikan tilam anda mampat, supaya ia dapat menampung badan anda dengan baik," tegas Dr. Siow apabila ditanya akan kaedah rawatan terbaik bagi sakit belakang.


    RAWATAN BAGI SAKIT BELAKANG


    Menurut beliau, setiap orang harus meneliti dengan serius postur berdiri dan duduk masing-masing.


    Nasihat beliau, pastinya wajar diberikan pertimbangan khusus bagi mereka yang menaip berjam-jam di hadapan komputer di ruang kerja mereka.


    "Duduk lama di satu tempat tidak baik untuk tulang belakang anda. Saya menggalakkan pesakit saya untuk mengingatkan rakan-rakan mereka supaya berdiri untuk beberapa minit selepas duduk selama sejam."


    "Berjalan pastinya disyorkan, walaupun mungkin ada majikan yang tidak senang dengan kakitangan 'hiperaktif' yang berjalan semasa waktu kerja," tambah Dr. Siow berseloroh.


    Harus diingati yang tiada siapa yang terkecuali daripada sakit ini, tidak kira muda atau tua.


    Sebenarnya, sakit belakang yang dialami oleh pesakit muda tidak kurang serius berbanding golongan berusia yang mengalaminya. "Bagi kanak-kanak, ia sebahagian daripada proses pembesaran mereka," jelas Dr. Siow kepada seorang ibu yang meminta penjelasan semasa forum itu.


    Seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, bertanya mengenai teknik serta keberkesanan rawatan frekuensi radio oleh kerana ramai yang takut untuk menjalani pembedahan.


    Pakar ini menjelaskan bahawa di bawah prosedur gelombang radio, saraf di tempat berkenaan dibakar dan rawatan ini boleh menghentikan rasa sakit bagi tempoh 9 hingga 12 bulan.


    Bagaimanapun, untuk memastikan tempoh bebas sakit yang lebih lama latihan Neural Flossing mesti dijalankan secara berterusan.


    POSTUR BAIK


    Aneh sekali, selepas itu pesakit biasanya lupa masalah mereka itu dan mereka akan leka semula apabila tiada sakit ini selama 12 bulan. Mereka juga mengabaikan senaman dan akhirnya sakit belakang ini menghantui mereka semula.


    Saraf menghantar perutusan sakit ke otak. Oleh itu apabila saraf dirawat mengikut prosedur ini, ia menghentikan perutusan sakit. Bagaimanapun, saraf ini boleh hidup semula dan tumbuh.


    Terdapat kes di mana saraf-saraf ini walaupun kembali berkomunikasi dengan otak, tiada lagi rasa sakit. Ini kerana pesakit terus menjalani fisioterapi dan latihan secara berjadual.


    Hari ini, terdapat pelbagai penawar untuk merawat sakit belakang, yang boleh menjejaskan kehidupan.


    Epidural Lysis dan Radiofrequency Ablation kini terdapat di Malaysia, satu terapi intervensi untuk meredakan sakit akut dan kronik.


    "Saya hanya akan mengesyorkan pembedahan jika ia benar-benar perlu khususnya apabila ia menjejaskan gaya hidup pesakit. Walaupun demikian, kita perlu menilai sakit ini terlebih dahulu kerana pembedahan tidak bermakna rasa sakit ini akan hilang. Saya menasihatkan kepada sesiapa sahaja supaya menjaga dengan baik postur mereka, gunakan pendakap secara berterusan untuk mengelakkan bongkok. Rawat sebarang kesakitan dengan merujuk kepada doktor yang pakar dalam bidang ini," Dr Siow mengingatkan semua.


    Menjaga postur anda semasa menggosok pakaian juga penting kerana pergerakan mendadak tulang belakang boleh menimbulkan masalah.

    Tuesday, February 22, 2011

    resepi mee celup untuk kakakku yang berada di perantauan...



    Bahan-Bahan:

    mee kuning/bihun/kuew tiew
    lobak jeruk
    ikan bilis goreng
    kangkung
    kacang tanah tumbuk
    garam
    gula

    perasa limau nipis
    bawang putih (ditumbuk dan digoreng)

    bahan-bahan sup

    perut lembu
    daging lembu

    rempah sup


    Cara:

    terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).

    Cara-cara menyediakan mee celup

    ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup.
    Lepastu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas)serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.



    Cadangan Hidangan:

    dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali

    CUMA AKU...hati ini kembali tenang


    perkahwinan ubat segalanya bagi pasangan bercinta...kasih sayang selepas itu tiada siapa larang...malahan, lepas tu boleh la selalu peluk seerat-erat sehingga tidak mampu bernafas...lemas dalam dakapan...ciuman penuh ghairah kemesraan..sehingga segala kecelaruan hilang...kebahagiaan yang dicari muncul.....mendamaikan jiwa


    selepas meluahkan segalanya....

    cinta ibarat kentut...kalau terus dipendam..ditahan..pasti x dapat tahan..kemudian kembung perut...masuk angin...tidak sedap duduk..gelisah....ubatnya hanyalah melepaskan angin tersebut...haha...

    selepas kahwin :

    si suami : bruttt....prettzz....hisshh.....fuh!!! (bunyi angin keluar dari bawah ) lega....haha..

    si isteri : WOI...BUSUK LA !!!SAPE MELEPAS NI??? X SOPAN LANGSUNG !!!


    sebelum kahwin semua hebat belaka...saat hangat bercinta semua nampak baik-baik sahaja...semua yang tidak baik nampak indah di mata....

    berjayanya sebuah perkahwinan adalah sampai bilakah pasangan tersebut dapat meneruskan kehangatan cinta mereka seperti hari pertama perkahwian...







    alhamdulillah...hati ini telah kembali normal...redalah segala kekusutan yang menghantui jiwa ini kerana bahana Cinta yang tak kesampaian...haha..

    tapi...bukan bermakna berakhirnya perjuangan..kerana masih banyak lagi yang belum ditunaikan...

    tanggungjawab terhadap agama Islam...terhadap diri sendiri...terhadap ibu bapa dan keluarga tersayang...serta tanggungjawab pada negara, dunia, angkasa raya..



    jadi tidak perlulah berputus asa hanya kerana sebuah cinta yang tidak kesampaian..tetapi kekalkanlah semangat anda untuk meneruskan hidup..mencari kekayaan duniawi seperti hidup didunia untuk selama-lamanya..

    dan..





    mencari kebahagiaan akhirat dengan mengingatiNya seperti nyawa kita tinggal beberapa jam
    sahaja lagi di DUNIA ini...









    aku suka kamu
    aku cinta kamu

    aku sayang kamu
    tapi kamu tak suke aku

    aaa....aaaa.....aa......aaa.....aaaa....

    em2

    aku pandang kamu
    aku bayangkan diri mu

    aku rindu kamu
    tapi kamu tak rindu aku

    mane ade cinta jika tiada rindu
    mane ade kasih jika tiada sayang

    apa kata kamu
    mahu rindu atau maju

    mungkin cuma aku
    tapi kamu belum tentu

    untuk apa cinta jika tidak sudi
    untuk apa kasih jika tak memberi

    oohh...wei...ohh

    aku suka kamu
    aku cinta kamu

    aku sayang kamu
    tapi kamu x suke aku

    mana ada cinta tiada rindu
    mana ada kasih jika tiada sayang

    untuk apa cinta jika tidak sudi
    untuk ape kasih jika tak memberi

    mana ada cinta jika tiada rindu
    mana ada kasih jika tiada sayang

    untuk apa cinta jika tidak sudi
    untuk ape kasih jika tak memberi

    mana ada cinta jika tiada rindu
    mana ada kasih jika tiada sayang

    lagu heliza helmi..

    cuma aku

    Sunday, February 20, 2011

    Bila kasih tak LaGi untukku







    Subhanallah...Maha Suci Allah...cantikkan matahari baru bangun tido???


    jika diberi peluang...ingin sangat hati ini...bersama orang yang disayangi melihat suasana begini bersama-sama...

    bangun awal2 pagi..lepas solat subuh berjemaah..ingin sekali mengajak dirimu keluar berpimpinan tangan di gigi pantai...melihat suasana indah begini....


    namun.....



    usah di tangiskan....

    usah di renungkan....

    usah di kenangkan....

    usah diingatkan.....

    usah diungkitkan...

    usah fikirkan....

    di lubuk hatiku kau adalah ratuku.....

    sampainya hatimu..

    bila kasih tak lagi untukku

    bila hati tak lagi padaku

    mengapa harus dia yang merebut dirimu

    bila aku tak baik untukmu

    dan bila dia bahagia dirimu

    aku kan pergi meski hati tak akan rela



    Musnah segala impian


    Berkecai di simpang jalan


    Engkau yang aku sayang kini milik orang

    Biarlah aku pergi

    Agar dirimu kan bahagia

    Tak perlu aku tunggu lagi

    Tak perlu aku cari

    Jawapan yang pasti

    Sengsara sendiri

    Inikah balasanmu

    Padaku yang menanti





    Tuesday, February 15, 2011

    ku mahu cairkan hati si dia


    sempena dengan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W...hari ni kan 12 Rabiulawal..terasa jauh diri ini dengan mu ya Rasulullah kerana tidak setiap saat aku mengingati mu dengan berselawat padamu.....

    jom same2 selawat....

    Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

    malu rasanya meluahkan rasa cinta kepadamu..kerana dirimu insan mulia...sedangkan diriku insan biasa...namun ku pujuk jua hati..untuk terus menyintaimu kerana ku amat menyayangimu...


    COKLAT2....COKLAT NI ROMANTIK X???


    COKLAT....CINTAKU....


    kalau kita berikan coklat pada orang yang tengah merajuk, boleh cair balik hatinya seperti coklat juga, YE KE ??


    sekeping coklat ketika diri kesepiaan dapat mengembalikan rasa sunyi...

    sekeping coklat mampu mengembalikan hati yang rundum di kala ke'tension'an..

    sekeping coklat dikala kedinginan dapat mengembalikan aroma mahu terus-terusan menyelimuti diri dengan kain selimut di katil...

    sekeping coklat menggoda hati si dia untuk terus bersama anda hingga ke akhir hayat...

    IYE KAH SEMUA INI????


    cintaku padamu seperti coklat...

    kalau kita cintakan pada seseorang secara berlebihan...sama seperti ma
    kan coklat secara berlebihan...ADUH!!!!

    sakitnya gigi...tak terkira sebab makan coklat banyak..begitu juga bile cinta berlebihan namun akhirnya kekecewaan...

    TAHUKAH ANDA???
    sakit gigi antara rasa sakit yang paling sakit didunia ini selepas mati dan sakit ketika melahirkan anak...

    coklat yang manis untuk si dia yang manis..coklat juga rase pahit didalam...tapi manis diluar...ade jugak yang sebaliknya...begitu jugalah cinta ini...ade manis dan pahitnye...

    coklat biasanya berbalut dengan warna kertas aluminium berwarna emas atau silver...cantikkan...umpama emas disadur indah...atau perak...namun hakikatnya..didalamnya tetap hitam...begitu jualah cinta ini...di luar indah sekali...namun...didalamnya...bernanah luka yang sukar diubati..






    Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kand
    ungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama



    Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:

    a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan

    b) Membantu menguatkan hafalan

    c) Membantu menajamkan mata dan minda

    d) Membantu memulihkan keletihan saraf

    e) Membantu menguatkan daya ingatan

    f) Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

    g) Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung

    h) Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan

    i) Melambatkan proses penuaan




    ini pulak sumber dari web Health n Beauty

    Coklat susu atau coklat hitam?

    Coklat susu (putih) memang enak dimakan berbanding coklat pahit (hitam) malah kajian mendapati coklat susu kini lebih menjadi pilihan. Namun, coklat susu mempunyai kandungan lemak tepu tidak sehat yang tinggi, gula dan kalori – semuanya tidak baik untuk kesehatan – karena ia mengandung susu. (Jika dimakan berlebihan!)Malah, kandungan kokonya yang lebih rendah menyebabkan kandungan antioksidannya kurang berbanding coklat hitam. Sekeping coklat hitam mengandung dua kali ganda antioksidan dan kalori rendah dibanding coklat susu. Dua belas biji koko diperlukan untuk menyediakan satu ons (28.3 gram) coklat hitam berbanding hanya empat biji koko untuk menghasilkan satu ons (28.3 gram) coklat susu. Satu-satunya kelebihan coklat susu berbanding coklat hitam ialah ia mengandung kalsium. Jadi, coklat yang baik untuk kesehatan yaitu coklat hitam, tanpa kandungan susu.

    Manfaat coklat bagi kesehatan :

    1. Anti depresi, karena coklat memiliki bahan dasar : Theobromine (600 mg) Yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung. Caffeine (70mg) dapat berfungsi sebagai anti depressant. Serotonine (3mg) Merupakan anti stress neurotransmite. Tyramine (2mg Dari Amino acid
    2. Memperbaiki fungsi kerja jantung, dengan kandungan flavonoid didalamnya. Coklat juga mengandung antioksidan, dikenal sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah
    3. Meningkatkan fungsi seksual. Berdasarkan penelitian di Milan coklat dapat menaikkan fungsi seksual pada pemakan coklat dari pada yang bukan pemakan coklat.
    4. Coklat dapat mengobati batuk. Menurut para ahli zat kimia yang ditemukan dalam coklat lebih baik dalam menyembuhkan batuk dibanding obat batuk. Hal ini didasari pada sebuah senyawa yang disebut theobromine yang dapat mencegah batuk.
    5. Coklat melindungi dari kanker. Coklat mengandung tingkat polyphenols yang tinggi, senyawa yang ditemukan dalam makanan yang berasal dari tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan yang dapat membantu melindungi dari penyakit serius seperti kanker.
    6. Coklat melindungi dari stroke. Sebuah penelitian di Universitas California mengungkapkan coklat dapat membantu mencegah pembekuan darah, sesuatu yang dapat membantu pasien terkena stroke. Para peneliti mengatakan coklat memiliki pengaruh yang sama dengan aspirin yang dikenal sebagai antipembekuan darah.
    7. Coklat mencegah tekanan darah tinggi. Penelitian baru-baru ini menemukan senyawa yang terdapat dalam coklat dapat mebantu mencegah tekanan darah tinggi karena coklat kaya flavanol, sejenis antioksidan yang dapat melacak dan menghancurkan kimia berbahaya dalam tubuh yang menyebabkan penuan dan berpotensi pada penyakit serius.
    8. Coklat kuatkan tenaga batin. Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab.
    9. Coklat tidak merangsang pertumbuhan jerawat. penyelidik Fakulti Perubatan Pennsylvania dan US Naval Academy mengatakan mengonsumsi coklat asli tidak menyebabkan jerawat atau memberi apa-apa kesan kepada keadaan kulit. Malah, kebanyakan doktor percaya jerawat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan corak pemakanan. Bagaimanapun, masalah jerawat boleh berlaku jika coklat itu mengandungi susu.

    Monday, February 14, 2011

    BAIK-BAIK sayang...ada aku untukmu...





    Aku tak ingin kau menangis bersedih

    Sudahi air mata darimu

    Yang aku ingin arti hadir diriku

    Kan menghapus dukamu sayang

    Karna bagiku kau kehormatanku

    Dengarkan dengakan aku

    Reff:

    Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku

    Baik baik sayang ada aku untukmu

    Hanya satu pintaku disiang dan malammu

    Baik baik sayang karna aku untukmu

    Semua keinginan akan aku lakukan

    Sekuat semampuku sayang

    Karna bagiku kau kehormatanku

    Dengarkan dengakan aku


    Monday, February 7, 2011

    REZEKI...

    “Punca Rezeki Menjadi Sempit” antaranya:
    • Niat hati yang kotor

    • Tidak membayar zakat

    • Putuskan hubungan silatrurrahim

    • Tinggalkan solat

    • Derhaka kepada Ibu Bapa

    • Tidak membayar hutang

    daripada motivasi pagi bersama dato' dr fadzilah kamsah

    Bagi mereka yang sedang berniaga amalkan surah Al-Waqiah, ia amat berguna untuk prestasi perniagaan anda. InsyaAllah. Sampai di sini sahaja dulu ye. Sekian, Assalamualaikum.

    validate my class registration...


    baru perasan...besok da last date validate class registration...

    alhamdulillah...dapat class..sume lecturer ok2 and power2...

    kena tanam semangat baru la...

    surah al-waqiah

    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)


    RUGI TAU SAPE TAK AMALKAN MEMBACA AL-QURAN...LAGI2 SURAH NI...



    kaya-kaya....jom la ajak ramai2....tak semestinya dapat duit banyak...rezeki Allah bagi macam2 bentuk lagi...nikmat sihat...pandai...rajin...di sayangi semua masyarakat..jalinan kemesraan..ketenangan..tak terkira la...banyakkan...


    Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.


    Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.



    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


    Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


    Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:


    1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.

    Rasulullah bersabda :

    Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

    Ertinya:
    “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”


    2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)


    3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari keberkatan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)


    4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.


    5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.

    Rasulullah bersabda:

    Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

    Ertinya:
    “Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”


    waallahua'lam



    nantikan 5 lagi surah pilihan yang memberi pelbagai khasiat..


    nothing can fly without airfoil...

    but i try my best to do it




    luahan.....dengarla muzik berbicara










    Music